• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Dihukum Mati Dalam Kes Senjata Api

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang nelayan hari ini dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan melepaskan tembakan ke arah polis yang mahu menahannya dengan niat mencederakan, lapan tahun lepas.

Selain itu, Lim Eng Kiong, 49, dihukum penjara sepanjang hayat kerana menunjukkan senjata api semasa merompak sebuah motosikal bernombor pendaftaran WBR 7170 milik Beng Eng Hock.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan terhadap Lim kerana memiliki senjata api jenis Revolver 38 ‘Colt 5’.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lima tahun terhadap lelaki itu kerana memiliki tujuh butir peluru hidup dan tiga kelongsong peluru.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kampung Baru Kuala Sepetang, Taiping dekat sini pada jam 10 hingga 10.45 malam, 12 Jan 2006.

Keempat-empat pertuduhan itu dibuat masing-masing mengikut Seksyen 3, 8 dan 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum menurut peruntukan akta yang sama.

Pada 19 Sept 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Taiping Datuk Dr Hassan Ab Rahman membebaskan dan melepaskan Lim setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah Rayuan, yang menilai dan berpuas hati, memutuskan bahawa ia adalah kes prima facie dan membenarkan rayuan pihak pendakwaan serta mengarahkan tertuduh membela diri.

Dalam penghakiman di akhir kes pembelaan hari ini, Che Ruzima berkata mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan pihak tertuduh hanya satu bentuk penafian semata-mata.

“Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap keempat-empat pertuduhan dan didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata mahkamah turut mendapati walaupun keterangan tertuduh selari dengan saksi pendakwaan namun ia tidak menjelaskan mengenai perkara berkaitan pemilikan senjata api dan peluru.

“Cuma yang kurang dalam keterangannya adalah mengenai pemilikan senjata api. Tertuduh hanya kata membawa satu beg berisi satu telefon bimbit, kad pengenalan serta wang (berjumlah RM23,000 yang didakwa sebagai gajinya daripada majikan),” kata Che Ruzima.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala peguam Yunus Ali mewakili Lim.  – BERNAMA

Tags: Nelayansenjata
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kampung Siam, Kampung Warisan – Kerajaan P.Pinang

Next Post

Anda Pasti Tidak Bazir Makanan Selepas Tonton Video Ini…

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Next Post

Anda Pasti Tidak Bazir Makanan Selepas Tonton Video Ini...

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd