• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sahkan Komitmen Malaysia Terhadap Rundingan TPPA

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan komitmen Malaysia terhadap rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“TPPA merupakan komitmen yang penting. Malaysia mahu menjadi sebahagian daripadanya, dengan syarat keutamaan kita dipenuhi dalam keputusan akhir,” kata Najib pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia Tony Abbott, di sini hari ini.

Mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau, Najib berkata: “Perdana Menteri Abbot dan saya bersetuju Malaysia dan Australia akan terus bekerja sama untuk mencapai kemajuan dalam rundingan dan menunggu hasil muktamad rundingan berkenaan pada 2015”.

Bagi hubungan ekonomi, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa ia semakin kukuh, dengan dagangan dua hala menambah berbilion dolar dalam tempoh setahun.

Tahun lepas, Australia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia.

Dagangan barangan dan perkhidmatan dua hala bernilai RM61.9 bilion pada  2013, meningkat berbanding RM46.2 bilion pada 2010. Ini merupakan peningkatan 14.7 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Pada 2013, jumlah pelaburan Australia di Malaysia sebanyak RM28.9 bilion dan jumlah pelaburan Malaysia bernilai RM50.9 bilion.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memperakui bahawa pergerakan pelawat perniagaan, pelabur dan profesional berkemahiran yang lebih bebas, merupakan komponen penting kejayaan dalam hubungan perniagaan itu.

“Dalam hubungan ini, saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Abbott bahawa pelawat perniagaan, pengurus dana asing dan pelabur boleh memohon visa masuk pelbagai, lima tahun mulai Disember ini,” katanya.

Mengenai kerjasama kewangan, beliau berkata Australia menunjukkan minat mendalam dalam pembangunan kewangan Islam. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd