• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lakukan Lawatan Rasmi Pertama Ke Azerbaijan

oleh Ahmad Albab
10/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKU (AZERBAIJAN) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi pertama ke Azerbaijan dari 11 hingga 12 Sept atas undangan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Duta Malaysia ke Azerbaijan Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman berkata lawatan itu akan merintis jalan bagi kerjasama rapat antara Malaysia dan
Azerbaijan dalam bidang-bidang kepentingan bersama terutamanya perdagangan dan pelaburan.

“Malaysia dan Azerbaijan menjalin hubungan diplomatik pada 1995. Pada 2013, jumlah perdagangan dengan Azerbaijan berjumlah US$18.3 juta (RM57.7 juta), jumlah eksport ke Azerbaijan ialah US$15.3 juta (RM48.2 juta) sementara import dari Azerbaijan ialah US$3 juta (RM9.6 juta),” katanya kepada media Malaysia di sini, Rabu.

Semasa lawatan ke Azerbaijan,  Najib akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Aliyev diikuti mesyuarat dua hala.

“Mesyuarat itu akan memberi kesempatan terbaik bagi kedua-dua pemimpin  membincangkan isu-isu kepentingan bersama termasuk isu serantau dan antarabangsa, dan memupuk kerjasama melalui usaha sama baharu bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan,” kata beliau.

Najib dan Aliyev juga dijangka memeterai deklarasi bersama yang menggariskan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan dua  hala dan ekonomi dalam pelbagai bidang, katanya.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba di Baku pada Khamis malam.

Pada Jumaat, selepas upacara sambutan rasmi di Istana Presiden, Najib dijadual mengadakan rundingan dua hala dengan Aliyev diikuti dengan mesyuarat delegasi antara Malaysia dan Azerbaijan.

Kemudian, mereka akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) termasuk kerjasama ekonomi, saintifik dan teknikal serta latihan diplomat dan antara Petronas dan Syarikat Minyak Negara Azerbaijan (SOCAR) mengenai kerjasama dalam sektor minyak dan gas.

Najib juga dijadual merasmikan pembukaan Kedutaan Malaysia di Baku, Azerbaijan.

Malaysia menubuhkan pejabat kedutaan di Baku pada 1 April lepas.

Najib juga akan menyampaikan undangan secara peribadi kepada Presiden Azerbaijan untuk melakukan lawatan negara ke  Malaysia.

Azerbaijan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Soviet Union ketika itu pada Oktober 1991. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenapa Ibu Ini Tak Marah Apabila Anaknya Ditampar Guru?

Next Post

HTC Desire 820 Dilancarkan Dengan Kamera Selfie 8MP

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

HTC Desire 820 Dilancarkan Dengan Kamera Selfie 8MP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd