• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bersyukur Malaysia Ke-20 Paling Berdaya Saing Dunia

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dengan kedudukan terbaru Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-20 daripada kalangan 144 buah negara.

Malaysia turut mendahului negara dengan ekonomi maju seperti Australia, Austria, Perancis dan Korea Selatan.

Najib menyuarakan kesyukurannya di akaun Twitternya hari ini.

“Alhamdulillah, kita merupakan negara ke-20 paling berdaya saing, kita melonjak empat anak tangga.

“Terima kasih atas semua kerjasama yang kita sudah lakukan,” katanya dalam tweet berkenaan.

NajibSyukur_1

Terdahulu laporan Bernama menyebut tahun lepas negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.

“Persekitaran ekonomi makro mencatatkan penurunan enam tangga ke kedudukan ke-44 daripada ke-38 tahun lepas. Perhatian utama kita ialah pada keseimbangan bajet kerajaan dan hutang kerajaan.

“Mengenai kesediaan teknologi, Malaysia turun enam tangga ke kedudukan ke-60 daripada ke-51 sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan kedudukan daya saing negara semalam.

Mohd Razali berkata MPC ingin mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bagi menambah baik kesediaan teknologi di negara ini.

Antara inisiatif yang perlu diperkukuh termasuklah langganan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk, lebar jalur Internet antarabangsa dan langganan Internet jalur lebar tetap bagi setiap 100 penduduk.

Mengenai tunggak kecekapan pasaran buruh, yang meningkat ke tangga ke-19 daripada ke-25 tahun lepas, Mohd Razali berkata kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja buruh.

Pada 2013, daripada keseluruhan penduduk wanita di negara ini, 52.4 peratus kini bekerja.

“Kami akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tiga tunggak, serta, mengadakan lebih banyak perbincangan dengan komuniti perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Razali juga mencadangkan untuk mengadakan laporan daya saing peringkat negara, dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

“Daripada rangking, ia akan mendorong kita melakukan yang lebih baik lagi dalam bidang yang kita lemah,” katanya.

Laporan Daya Saing Global, yang berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global, diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada 2004. – MYNEWSHUB.CC

Oleh  : IBNU K

Tags: EkonomiNajib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd