• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Berpuas Hati Dengan Pelbagai Tugas Semasa Lawatan Ke AS

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan puas hati dengan lawatan kerja selama sembilan hari ke Amerika Syarikat (AS) bermula 20 Sept lepas yang merangkumi sebelas tugas meliputi hal ehwal antarabangsa, ekonomi dan belia.

Tugas berkenaan termasuk berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), menghadiri mesyuarat perubahan iklim, meraih sokongan terhadap pencalonan Malaysia sebagai wakil tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Dalam meningkatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain, Perdana Menteri mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatan dari Netherlands (Mark Rutte), Pakistan (Muhammad Nawas Sharif), Luxembourg (Xavier Bettel) dan Tunisia (Dr Mohamed Moncef Marzouki).

Mesyuarat berkenaan berlangsung di luar acara UNGA, di sini.

“Kita mendapat pengiktirafan daripada orang lain termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengiktiraf usaha-usaha Malaysia dalam mengubah negara menjadi ekonomi maju ketika Obama menyebut perkara itu dalam ucapannya di UNGA,” kata Najib.

Najib berharap lawatan ini dapat meningkatkan profil Malaysia ke tahap yang lebih tinggi terutamanya jika negara berjaya menduduki kerusi UNSC.

Dari segi ekonomi, Najib mengadakan pertemuan dengan pengurus dana rakyat Amerika, pelabur dan pemimpin perniagaan untuk menarik mereka menjalankan perniagaan atau meningkatkan pelaburan di Malaysia.

“Respons mereka terhadap Malaysia amat menggalakkan. Semoga pencapaian itu dapat diukur dari segi peningkatan pelaburan,” katanya.

Dalam membangunkan bidang bioteknologi, inovasi dan teknologi negara Najib mengadakan pertemuan berasingan dengan panel pakar dalam semua sektor berkenaan, di sini.

Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Biasiswa Perdana kepada 31 pelajar cemerlang di AS semasa mengadakan pertemuan dengan pelajar berkenaan.

Perdana Menteri turut diundang untuk berucap di Georgetown University di Washington D.C.

Semasa mengadakan pertemuan dengan belia Malaysia di negara ini, beliau melancarkan 1M4U Aspirasi Belia Malaysia dan aktiviti sukarelawan di Pusat Kejiranan Lincoln Square di sini.

Aktiviti sukarela itu merangkumi kerja-kerja mengecat pusat kejiranan berkenaan, menanam tumbuhan yang boleh digunakan di taman dan menyediakan makanan untuk warga tua.

Najib juga tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan diaspora rakyat Malaysia yang belajar, bekerja dan tinggal di negara ini semasa menghoskan majlis makan malam di sini.

“Sama ada di New York atau di mana-mana pelusuk dunia, kita adalah rakyat Malaysia. Berbanggalah jadi rakyat Malaysia. Anda masih rakyat Malaysia yang sebenar. Apa yang penting ialah untuk bersama kami sebagai IMalaysia,” katanya.

“Saya gembira dan berpuas hati dengan lawatan ini kerana ia benar-benar menyeluruh dan pelbagai,” katanya.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, akan berlepas pulang ke tanah air pada Ahad (Isnin di Malaysia).- BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd