Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

KFA Mahu Cheng Hoe...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Tan Cheng Hoe mengkaji...

Lelaki Maut Dirempuh Remaja...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja...

COVID-19: Singapura Kesan Kes...

SINGAPURA : Singapura mengesan dua lagi kes positif COVID-19 varian Omicron pada ujian...

Ramai Penganut Hindu Maut...

KASHMIR : Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 13 yang lain cedera dalam insiden...

Muktamar PAS Dijangka Panas Dengan Tahaluf Siyasi, PasMa

KUALA LUMPUR – Senario politik semasa yang bergejolak dalam parti pakatan khususnya menjadikan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor mulai Khamis ini tumpuan banyak pihak khususnya pemerhati politik, bahkan dijangka ‘panas’ dengan beberapa isu utama bakal dibangkit dan dibahaskan.

Muktamar tiga hari sehingga Sabtu dan julung kali diadakan di Johor dijangka membahaskan isu tahaluf siyasi di dalam parti pakatan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan krisis Menteri Besar Selangor yang berlarutan sehingga kini.

Beberapa penganalisis politik percaya peranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut disentuh perwakilan selain isu penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang disifatkan banyak pihak sebagai ‘PAS baharu’.

MUKTAMAR TENTUKAN HALUAN

Dengan pergolakan politik semasa di Selangor, penganalisis berpendapat bahawa muktamar yang dihadiri 1,300 perwakilan kali ini penting berbanding sebelum ini kerana ia akan menentukan kelangsungan PAS untuk kekal relevan di pentas politik tanah air.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat muktamar kali ini pastinya akan membincangkan perihal masa depan PAS ekoran beberapa perkembangan mutakhir dan cabaran hebat yang dihadapi parti, termasuk penubuhan PasMa.

“Saya nampak pertamanya PAS pasti akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat, namun ekoran perkembangan semasa yang berlaku ia sudah tentu akan diperdebat oleh perwakilan. Isunya pasti berkisar tentang bagaimana PAS memposisikan kedudukan parti di dalam Pakatan Rakyat. Ini yang perwakilan ingin tahu.

“Kalau kita tengok pada muktamar tahun lepas, ada desakan kepada pucuk pimpinan supaya mengkaji semula tahaluf siyasi ini dan Abdul Hadi dalam ucapannya pada muktamar itu ada menyebut bahawa PAS bukanlah penumpang tetapi pemimpin bersama di dalam Pakatan Rakyat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Izani berkata ucapan dasar presiden parti amat dinanti-nantikan untuk memastikan apakah hala tuju PAS seterusnya dalam melakar perjuangannya terutama di dalam gabungan parti yang longgar ini.

“Muktamar kali ini dijangka menyaksikan perdebatan yang kritikal tentang masa depan PAS dan penyertaannya di dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain yang sependapat dengan Mohd Izani menegaskan bahawa muktamar kali ini akan memperlihatkan pendirian PAS sama ada masih mahu kekal dalam parti pakatan atau sebaliknya.

Katanya isu dalaman PAS yang mengesahkan kewujudan puak-puak tertentu pastinya akan menjadikan muktamar kali ini sangat penting dan hangat berbanding sebelum ini.

“Isu yang dibincangkan semasa muktamar mungkin menjurus tentang kedudukan semasa kumpulan yang mengingkari arahan pimpinan. Pergeseran kumpulan ulama dan bukan ulama yang sebelum ini disembunyikan kini dilihat semakin tegang dan sudah terbuka.

“Konflik dalaman ini mencabar kewibawaan Abdul Hadi dan ia pasti memberi kesan. Keputusan atau resolusi muktamar kali ini penting kerana membabitkan hala tuju PAS selepas ini,” katanya.
    
ISU PASMA

Kedua-dua penganalisis politik itu turut yakin isu penubuhan PasMa pasti mendapat perhatian serius pucuk pimpinan dan para perwakilan.

Menurut Ahmad Atory, kewujudan PasMa merupakan kemuncak kepada konflik dalaman PAS yang gagal ditangani dengan baik.

“PAS sudah tentu akan menilai sama ada kewujudan PasMa ini mampu memperkukuh parti atau sebaliknya. Jika benar PasMa didaftarkan sebagai parti politik, maka PAS akan menjadi lemah. Saya melihat isu PasMa ini satu masalah besar buat PAS,” katanya.

Mohd Izani pula berpandangan PAS perlu menyatakan pendirian tegas berhubung kedudukan PasMa bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan anggota parti dan dibahaskan sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan kepada PAS.


PasMa ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, di Kedah sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.

PERANAN ABDUL HADI

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi menjadi serangan beberapa pemimpin sekutunya termasuk di kalangan anggotanya sendiri apabila enggan ‘tunduk’ kepada keputusan awal parti pakatan iaitu menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Tindakan Abdul Hadi sebagai presiden dalam membuat keputusan pemilihan calon Menteri Besar Selangor menjadi pertikaian anggota yang menyifatkan beliau sebagai tidak mempunyai hak prerogatif atau kuasa istimewa.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendakwa Abdul Hadi melanggar perlembagaan parti dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor dengan menyatakan jawatan Presiden yang disandang Abdul Hadi tidak membolehkan beliau mengambil kata putus tanpa bermesyuarat dengan Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Abang Ahmad Kardee dilapor sebagai berkata mesyuarat biro itu turut memutuskan Majlis Syura Ulama bertindak melampaui kuasa AJK PAS Pusat sekaligus menjadikan peranan majlis itu tidak lagi relevan.

Namun bertentangan dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa yang menyifatkan tindakan LUHAM itu seolah-olah cuba menghasut anggota parti untuk menentang Majlis Syura Ulama.

Persoalannya, akan adakah pihak yang berani membangkitkan hak prerogatif Abdul Hadi semasa muktamar?

Ahmad Atory berkata jika sekali pun usul tidak percaya kepada Abdul Hadi diadakan, beliau percaya Anggota Parlimen Marang itu yang telah melalui pelbagai asam garam politik tidak mudah tunduk kepada tekanan.

“Abdul Hadi mempunyai karektor yang kuat. Bukan mudah untuk beliau ditundukkan,” katanya.

Mohd Izani pula secara peribadi berpandangan: “Sebenarnya terpulang kepada Abdul Hadi untuk membaca isyarat yang dihantar perwakilan sama ada menganggap ia suatu kehendak atau pun ia sekadar kritikan biasa untuk dirinya,” katanya.

KEDUDUKAN KUMPULAN ULAMA

Menyentuh kedudukan suara kumpulan ulama di dalam PAS, Mohd Izani berkata ia  juga suatu isu yang bakal dibahaskan.

“Ia mengenai bagaimana PAS mahu kekal atau seimbangkan peranannya sebagai parti politik dan gerakan dakwah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pada masa ini kerjasama PAS bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah kerjasama jangka panjang berbanding DAP.

“PAS perlu memperkukuhkan DHPP dan memberi lebih banyak ruang kepada DHPP untuk menyumbang kepada parti. Jika PAS gagal dalam kerjasama dengan DAP dan PKR, sekurang-kurangnya mereka ada sokongan bukan Islam melalui DHPP,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori