• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPP PKR Tampil Kritik Istana Selangor

oleh AK-47
23/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah mahu melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar negeri itu tetapi pada sama mengkritik proses pelantikan tersebut.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam resolusi parti berhubung perkara itu mendakwa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baharu tersebut tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor serta bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen sekali gus menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

“MPP PKR melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Wan Azizah  sehingga beliau langsung tidak  dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas,” dakwa MPP PKR dalam resolusi berkenaan hari ini.

MPP PKR turut membayangkan bahawa parti itu sebenarnya terpaksa menerima keputusan Sultan Selangor tersebut kerana mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat.

“Makanya, MPP PKR telah memutuskan untuk menghormati permintaan Wan  Azizah menarik diri daripada dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan  segera.

“Berikutan itu, MPP PKR bersetuju dengan cadangan yang dibawa Wan Azizah agar Mohamed Azmin dikemukakan sebagai calon Menteri Besar  supaya pencalonan itu adalah daripada parti mengikut tuntutan amalan demokrasi,” dakwa resolusi itu.

Resolusi itu turut menyebut, MPP PKR meminta proses yang didakwa tidak menepati kehendak undang-undang tu tidak dijadikan satu duluan pada masa hadapan.

Tags: selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd