• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Microsoft Dilaporkan Akan Menggugurkan Jenama Nokia

oleh AK-47
11/09/2014
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pengambilalihan Nokia, Microsoft nampaknya menghadapi krisis identiti di dalam penjenamaan produknya.

Namun desas desus menyatakan syarikat itu kini akan membuat perubahan drastik untuk menyelesaikan isu tersebut.

Satu dokumen dalaman Microsoft telah bocor dan mendedahkan perancangan Microsoft untuk menggugurkan jenama Nokia dan Windows Phone.

Dokumen tersebut adalah sebuah memo yang diperolehi Geeks on Gadgets dan disahkan oleh The Verge.

Dokument yang dibocorkan itu menerangkan bagaimana penjenamaan dan bahasa pemasaran Microsoft akan berubah menjelang musim cuti Krismas akan datang.

Ini termasuk menggugurkan jenama ‘Nokia’ dan ‘Windows Phone’, Sebaliknya jenama ‘Lumia’ dan ‘Windows’ akan digunakan.

Apa yang jelas buat masa sekarang ialah laman web Nokia.com nampaknya telah mula dialihkan kepada laman Microsoft secara perlahan-lahan.

Microsoft telah lama membayangkan perubahan tersebut. Sebagai contoh, baru-baru ini, iklan dan teaser telefon pintar Lumia 930, Lumia 530,Lumia 730, and Lumia 830 tidak langsung menyebut “Windows Phone” dan menurut The Verge, nama rasmi bagi HTC One for Windows memberi gambaran jelas tentang perubahan ini.

Jadi, berkemungkinan selepas ini kita akan menggelarnya telefon pintar Windows, dan bukan telefon pintar Windows Phone, yang membawa banyak perbezaan jika disebut dalam Bahasa Inggeris.

Berita ini juga menjadi bukti lanjut bahawa akhirnya Windows RT dan Windows Phone akan disatukan menjadi satu OS yang sama.

Jika desas desus perkara ini benar, sistem operasi yang digunakan pada peranti Microsoft pasti akan berubah dan lebih mirip kepada iOS atau Android di mana kedua-duanya digunakan pada telefon pintar dan tablet.

Oleh: hzqahmd

Tags: Microsoftnokia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPA Diarah Perbaiki Sistem Peperiksaan Dalam Talian

Next Post

Tersebar Di Whatsapp, Matematik Kertas 1 Juga Bocor?

Related Posts

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

31/07/2024
0

WASHINGTON : Microsoft Corp memaklumkan mereka sedang menyiasat gangguan pada beberapa aplikasi Office dan perkhidmatan Cloud. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

02/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Microsoft menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia mendapat kemahiran kecerdasan buatan (AI) menjelang 2025, kata Pengerusi dan Ketua...

Next Post

Tersebar Di Whatsapp, Matematik Kertas 1 Juga Bocor?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd