• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17 : Hujan Renyai Selubungi Kesedihan Sambut 9 Jenazah

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Hujan renyai-renyai yang membasahi bumi pagi ini seakan-akan turut bersedih dengan kepulangan sembilan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 8.30 pagi tadi.

Lebih pilu apabila pesawat berkenaan turut membawa jenazah dua kapten MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong.

Lapan anggota pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap berseragam putih mengiringi keranda Kapten Wan Amran terlebih dahulu diikuti empat keranda yang lain dan empat bekas abu mayat ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan sambil diperhatikan dengan perasaan sebak oleh ahli keluarga mangsa dari kejauhan.

Selesai majlis penghormatan terakhir kepada jenazah, tempoh bertafakur selama seminit diumumkan serentak di seluruh negara tepat jam 8.58 pagi dengan tetamu yang berada di landasan Kompleks Bunga Raya juga turut tunduk bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Sementara itu, tepat jam 9.30 pagi, dua bekas abu dan satu keranda diterbangkan terus menggunakan helikopter Charlie dari landasan Kompleks Bunga Raya ke lokasi persemadian masing-masing manakala abu anak kapal Sanjid Singh Sadhu akan diterbangkan menerusi helikopter Charlie dari Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi ke Pulau Pinang.

Pesawat komersial MH19 yang membawa kumpulan ketiga terdiri daripada jenazah tujuh rakyat Malaysia dan dua rakyat Belanda itu tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA selepas selamat mendarat 6.37 pagi tadi apabila berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda pada jam 12.22 tengah hari Isnin waktu tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir menyambut ketibaan jenazah berkenaan. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri serta beberapa menteri Kabinet dan keluarga mangsa.

Setakat ini, jenazah 31 daripada 43 rakyat Malaysia sudah dibawa pulang ke tanah air.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BH Online

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd