• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menu Sihat: Kawal Makan Ayam, Ambil Secara Sederhana

oleh AK-47
24/09/2014
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kontroversi terhadap ayam terutama ayam suntik sering menganggu ibu-ibu yang ingin menyediakan makanan yang terbaik dan sihat kepada keluarga.

Seorang ibu memberitahu anaknya menyukai ayam, tetapi alah dengan makanan itu. Apapun, ayam tetap menjadi makanan yang disukai.

Memang selepas makan ayam, timbul bintik merah dan gatal kemungkinan kesan proses semasa menternak haiwan terbabit.

Ini kerana, ayam itu melalui proses seperti suntikan hormon, enzim dan pelbagai bahan kimia untuk membuatkannya cepat besar sebagai usaha memenuhi kehendak pasaran dengan cepat.

Memetik laporan Harian Metro, kerisauan terhadap ayam dan kontroversinya tidak pernah reda. Ia dikatakan sebagai makanan yang membimbangkan selepas dikaitkan dengan kehidupan ayam itu sendiri termasuk bahan makanan yang dimakan si ayam.

Pada masa sama, kita juga sering dimaklumkan mengenai bahaya memakan ayam kerana pada zaman moden ini ayam yang diproses lebih mudah didapati.

Bagaimanapun, kebaikan ayam sebagai sumber protein yang murah sering membuatkan pengguna lupa pada segala kerisauan itu, apatah lagi ayam juga sangat mudah disediakan. Sekadar memanggang atau mengukus, hasilnya sentiasa menyelerakan.

Berikut adalah petua sihat makan ayam yang kami petik dari artikel “Berpada-pada makan ayam”.

1. Untuk menjadi hidangan menyihatkan, jangan lupa, lemak dan ­kulit­nya perlu dibuang bagi mengurangkan kalori.

ayam1

2. Jika risau dengan ayam diproses, anda boleh memilih ayam kampung yang diternak sendiri atau ayam organik. Kini ayam organik juga semakin mudah didapati di pasaran.

ayamorganik

3. Beli ayam segar, bukan yang sudah lama disimpan secara dingin beku di pasar raya.

ayamsegar

4. Menu ayam mungkin boleh diulang berselang minggu atau dua kali seminggu walaupun ia sumber protein yang dicari.

Mom-Whats-for-Dinner2

5. Walaupun anak anda sangat menyukai ayam, mereka perlu dilatih mengambil ikan dan makanan lain bersama sayuran dan buah-buahan untuk menyeimbangkan pengambilan khasiat makanan setiap hari.

budak mkn

6. Nuget ayam pula sering dianggap penyelesaian kepada anak mereka yang susah makan. Tambahan pula, ia dihasilkan dengan rupa yang cantik dan menarik perhatian. Ayam yang sudah diproses bukan makanan menyihat­kan, jadi apa salahnya buat nugget anda sendiri. Cuba resipi membuat nuget yang banyak di Internet. Lebih penting, anda tahu kandungan yang digunakan di samping ia halal.

chicken nuggets 2

 

7. Mengekalkan ayam sebagai makanan menyihatkan boleh dilakukan dengan pel­bagai cara masakan termasuk memanggang, membakar ataupun mengukus.

AYAMSTIM

Selamat mencuba! :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: MAMAISYQI

 

Tags: ayamPetua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd