• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melampau!! Orang Ini Samakan Melayu Dengan Pengganas Israel

oleh AK-47
11/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya lebih banyak individu dilihat tampil secara tiba-tiba untuk mengeluarkan kenyataan menghasut seperti tidak terkesan langsung dengan tindakan Mahkamah mendakwa suspek sebelum ini mengikut Akta Hasutan 1948.

Terbaru, individu dengan nama Roopan Rodri yang secara selamba menyamakan orang Melayu dengan pengganas Israel rejim Zionis yang membunuh rakyat Palestin.

Dengan akaun Facebook bernama Roopan Rodri, dia mahu melihat Palestin dan orang Melayu yang dirujuk kepada UMNO agar lenyap terus dari dunia ini.

“Tau kenapa orang Melayu ini selalu emo pasal terrorist (pengganas) yang mati macam anjing dekat Palestin tu? Sebab orang UMNGOK (dirujuk UMNO) ni satu geng dengan terrorist tu!

“Israel sepatutnya lenyapkan satu Palestin tu dan tolong lenyapkan UMNGOK sekali, baru aman dunia ni,” kata individu itu dipetik dari twitter Haziq Asyraf dengan akaun @Haziq_BOSS.

Nampaknya tweet individu berkenaan memang begitu melampau dan pihak berkuasa perlu segera bertindak dan memberkas individu yang begitu lantang dalam mengeluarkan kata-kata sehingga mencetuskan kemarahan orang lain.

Terdahulu, ramai individu sudah pun ditahan dan didakwa mengikut Akta Hasutan selepas didapati mengeluarkan kenyataan menghina institusi raja dan juga mengacau sensitiviti umat Islam di negara ini.

Terbaru, seorang pendakwa Islam Wan Ji Wan Hussin ditahan awal pagi tadi mengikut Akta sama kerana didakwa menghina Sultan. Pada tahun lepas, Wan Ji direkodkan mengeluarkan kenyataan bahawa dalam perancangan isnstitusi kesultanan akan lenyap menjelang tahun 2030.

Dia dilaporkan mengaku tidak bersalah hari ini, ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, memetik laporan laman web Astro Awani.

Hakim Slamat Yahya pada prosiding itu telah bersetuju dengan permohonan pihak Pendakwaraya Mohd Azhari Harun supaya pihak Imigresen mengeluarkan surat agar pasport Wan Ji diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas Wan Ji yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu.

Kes Wan Ji akan bersambung pada 10 Oktober depan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: Akta Hasutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd