• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Bukan Punching Bag, Tugas Kami Lapor Kejadian – MPPA

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Jenayah
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Tindakan ganas terhadap jurufoto, Mohd Aizuddin Akmal Saad yang ditumbuk ahli keluarga mangsa nahas MH17, Selasa lalu tidak boleh diterima dan dianggap biadap.

Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), Zainal Abdul Halim berkata, jurufoto media tidak seharusnya menjadi sasaran (punching bag) untuk pihak tertentu melepaskan geram, sebaliknya mereka hanya menjalankan tugas merakamkan setiap kejadian.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak supaya siasatan serta tindakan tegas diambil terhadap individu yang  menumbuk Aizuddin ketika bertugas di di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi.

“Jika pihak media diberitahu bahawa keluarga mangsa tidak mahu sebarang liputan, tentu kami tidak akan suka-suka buat liputan,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi mengenai kejadian ini bagi pihak persatuan, Khamis.

Zainal berkata, kejadian itu menyebabkan Aizuddin mengalami pendarahan dan patah hidung, manakala kamera yang digunakannya rosak.

Jelasnya lagi, sebagai presiden persatuan mewakili jurufoto media negara ini, pihaknya akan menyokong apa sahaja keputusan mangsa selepas ini.

“Siasatan masih dibuat dan bagi saya sebarang keputusan lanjut untuk membawa kes ini ke mahkamah terserah kepada mangsa.

“Tugas kami di persatuan memastikan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya,” tambahnya.

Menurut Zainal, masyarakat ‘berkokok’ mendesak pihak media diberi kebebasan membuat liputan tanpa sekatan.

“Mereka menuntut diberi kebebasan kepada media, lebih bebas daripada yang dinikmati sekarang.

“Malangnya mereka jugalah yang mengenakan sekatan kepada jurufoto media tertentu untuk membuat liputan secara bebas dan mereka ini jugalah yang mengancam jurufoto media,” katanya. – MSTAR ONLINE

http://www.youtube.com/watch?v=SOxWyfmlJ_s&list

Foto: RIZA RAZAK/MYNEWSHUB.CC

Tags: jurufoto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gelandangan Itu Bapa Ku…

03/03/2019
0

HONOLULU - Tidak terdetik untuk bertemu bapanya setelah 25 tahun berpisah, namun takdir menentukan segalanya. Itu kisah pertemuan tanpa diduga...

Jurufoto ‘Terjun’ Kawah Gunung Berapi Aktif

24/02/2019
0

IBARAT menggadai nyawa, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang sanggup masuk ke kawasan gunung berapi aktif....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd