• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Tertiarap Ditembak Di Kepala

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Petani – Mayat seorang lelaki berusia 30-an ditemui mati dalam keadaan tertiarap oleh seorang penternak lembu dalam kejadian di ladang kelapa sawit Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, dekat sini, pagi semalam.

Mayat lelaki terbabit ditemui jam 9 pagi di ladang berkenaan ketika penternak terbabit mencari lembunya yang dilepaskan di kawasan ladang berkenaan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda Deputi Superintendan Ricky Tey berkata, polis yang menerima maklumat itu kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat lelaki dalam keadaan tertiarap.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap mayat itu polis menemui satu kesan tembakan di kepala mangsa dan percaya mangsa mati akibat tembakan itu.

Menurutnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada mayat terbabit.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai dibawa ke ladang kelapa sawit berkenaan antara jam 1 hingga 5 pagi sebelum ditembak di kepala dan ditinggalkan dikawasan terbabit.

“Polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta suspek yang melakukan perbuatan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Orang ramai yang mengetahui kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Jenayahkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd