Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Moscow: Bapa Bangga...

KOTA BARU - Sebelum keadaannya semakin tenat, pelajar tahun akhir jurusan perubatan, Rajesh...

Didakwa Kuat Cemburu, Ayda...

PENYANYI yang juga pelakon, Ayda Jebat memilih mengunci mulut daripada bercakap mengenai kontroversi...

54 Tahun Penubuhan, PKNS...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memberi tumpuan kepada usaha...

Kisah Viral, Masalah Brader...

INILAH yang dikatakan keberkatan bulan Ramadan.Semalam, heboh di laman sosial apabila seorang netizen...

Mat Razi Ikrar Laksana Tugas Adun Sebaik Mungkin

TUMPAT – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor yang baharu Mat Razi Mat Ail berikrar akan melaksanakan tugas sebaik mungkin untuk membalas jasa pengundi di kawasan itu yang memberi kepercayaan kepadanya.

Beliau yang turut bersyukur di atas kemenangan itu, berjanji untuk meneruskan kecemerlangan khidmat bakti yang pernah ditabur bekas Adun kawasan itu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya termasuk keluarga Allahyarham (Datuk Noor Zahidi Omar). Kemenangan ini memang sesuatu yang luar biasa dan merupakan hadiah daripada penduduk di sini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pengumuman kemenangannya bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di sini, malam ini.

Mat Razi, 48, yang tidak menjangka kemenangannya itu, turut berazam untuk memastikan Pengkalan Kubor terus menerima pembangunan secara konsisten seperti yang telah dilakukan Allahyarham Noor Zahidi.


Mat Razi berkata, beliau turut bersyukur kerana mendapat majoriti undi yang lebih besar berbanding keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pada PRK itu Mat Razi memperoleh undi sebanyak 9,981, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail sebanyak 38.

BN menang dengan majoriti 2,635 undi berbanding kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu iaitu 1,736 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori