• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maritim Malaysia Berkas 6 Warga Thai Usaha Bot Nelayan

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Lima awak-awak dan seorang tekong sebuah bot ikan warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia) Wilayah Maritim Utara di perairan Kuala Perlis, semalam.

Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis Leftenan Komander Maritim Shahrizan Raman berkata warga Thailand berumur 19 hingga 50 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki permit sah untuk bekerja di atas bot berkenaan.

Beliau berkata bot Maritim Malaysia yang membuat rondaan rutin di perairan Perlis ternampak sebuah bot pukat hanyut kelas A datang dari perairan Thailand memasuki perairan Malaysia (Kuala Perlis) kira-kira 1.30 tengah hari sebelum memintas dan menahannya.

“Pemeriksaan mendapati bot itu milik rakyat Malaysia manakala warga Thailand itu tidak memiliki permit sah untuk bekerja di atas bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya penahanan dibuat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggaji pekerja asing tanpa permit sah dan bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

Bot tersebut dibawa ke Pangkalan Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut, katanya.

Beliau berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan melaporkan segera sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim. Aduan dibuat ke Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Perlis (04-9851072) atau (04-9851162). – BERNAMA

Tags: NelayanThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd