• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Yakin Duduki Kerusi Wakil Tak Tetap UNSC

oleh Ahmad Albab
20/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Malaysia melahirkan keyakinan dapat menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh 2015-2016.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Jumaat berkata Malaysia mempunyai alasan untuk percaya bahawa ia boleh mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), untuk menduduki kerusi berkenaan.

“Malaysia berada di arena antarabangsa, usahanya dalam memudahkan proses keamanan, statusnya sebagai negara Islam sederhana dan Pengerusi Asean tahun depan adalah faktor penyumbang,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Negara-negara anggota PBB akan mengundi pada Perhimpunan Agung PBB yang sedang berlangsung kini dan keputusannya dijangka diketahui bulan depan.

Malaysia pernah menduduki kerusi Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali sebelum ini, iaitu pada tahun 1965 (berkongsi dengan Repubik Czech yang berkhidmat pada 1964 dan Malaysia pada 1965), 1989-1990 dan 1999-2000.

Anifah berkata pencalonan Malaysia untuk kerusi UNSC telah mendapat sokongan daripada banyak negara.

Keanggotaan dalam UNSC akan membolehkan Malaysia terus menyokong keamanan dalam menghalang konflik serta menggalakkan pengantaraan sebagai pendekatan ke arah penyelesaian konflik secara aman.

Tema kempen pencalonan Malaysia ialah ‘Keamanan dan Keselamatan melalui Kesederhanaan’.

Majlis Keselamatan merupakan badan keselamatan tertinggi yang diiktiraf dunia untuk mempertahan dan memelihara keamanan, keselamatan global. Lima wakil tetapnya ialah – China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat – dengan hak kuasa veto.

Malaysia telah dipuji kerana peranannya sebagai fasilitator dalam proses rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina.

Ia secara tradisi menjadi penyumbang utama dari segi kakitangan bagi operasi keamanan di bawah naungan PBB termasuk di Congo, Sudan selatan, Sahara Barat, Bosnia, Somalia dan Lebanon.

Kini, terdapat hampir 1,200 tentera dari Malaysia ditempatkan di seluruh dunia bagi menjaga keamanan. – BERNAMA

Tags: Anifah Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Warisan Hina Pejuang Lahad Datu – Anifah

21/09/2020
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin...

Raja Abdullah Tawar Kuda Jantan Kepada Najib – Anifah

13/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd