• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makan Otak Kekasih Di Amerika Syarikat

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jeffersonville (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana membunuh dan dibebaskan dengan ikat jamin, memecah masuk rumah teman wanitanya, membunuhnya sebelum memasak jantung, paru-paru dan otak mangsa.

Joseph Oberhansley, 33, didakwa melakukan kekejaman itu selepas memasuki rumah teman wanitanya, Tammy Jo Blanton, 46, di Jeffersonville, Indiana, Khamis lalu.

Polis menemui mayat Tammy di bilik mandi dengan kecederaan teruk di kepala, leher dan perut.

Menurut kenyataan polis, mereka menemui pinggan berlumuran darah dan tulang serta peralatan memasak juga dipenuhi darah.

Tammy dilapor menelefon polis jam 3 pagi, 11 September lalu dengan mengadu Oberhansley, 33, cuba memasuki rumahnya. Polis mengusir lelaki itu, tetapi mereka kembali semula ke rumah berkenaan jam 10 pagi atas desakan rakan sekerja Tammy. Mereka kemudian menemui mayat mangsa di dalam tab mandi dengan sebahagian tempurung kepalanya pecah. Menurut laporan tangkapan, Oberhansley mengaku memasak sebahagian otak kekasihnya dan memakannya.

Bagaimanapun, ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Oberhansley mendakwa dia tidak melakukan kekejaman itu.

Dia memberitahu hakim mahkamah Clark County: “Anda silap orang.” Dia dituduh membunuh, melakukan kekejaman terhadap mayat dan menceroboh, tetapi menafikan semuanya.

Oberhansley mempunyai sejarah jenayah sejak 2000 lagi apabila didapati bersalah membunuh tanpa niat dan cuba membunuh teman wanitanya ketika itu, Sabrine Elder, 17, dan mencederakan ibunya.

Hanya beberapa hari sebelum pembunuhan itu, Sabrine melahirkan anak Oberhansley.

Dia dibebaskan pada 2012, tetapi pada 2013 dia didapati bersalah mencekik seorang lelaki di sebuah bar. Dia dibebaskan dengan ikat jamin dua minggu lalu. – Agensi

Tags: Amerika Syarikatkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd