• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Belia Muslim Terlibat Dalam Aktiviti Keagamaan

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata berkata belia Muslim di negeri ini perlu melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan terutamanya yang dilaksanakan di masjid-masjid.

“Dengan itu kami akan ada kumpulan ketiga yang akan menyambung perjuangan masyarakat dan usaha dakwah pada masa akan datang.

Masyarakat dapat melihat perjuangan kami adalah suci dan tulen kerana kami tidak hanya membantu orang Islam sahaja tetapi pencapaian kami akan turut memanfaatkan kaum-kaum lain,” katanya.

Taib berkata demikian sebelum merasmikan Kompleks Majlis Agama Islam Sarawak di Sibu bernilai RM50 juta di sini malam tadi.

Bangunan sembilan tingkat di atas tapak seluas 2.3 hektar di Jalan Awang Ramli Amit dengan seni bina unik itu adalah mercu tanda baharu untuk bandar itu.

Beliau berkata semangat kerjasama antara kaum yang menjadi ciri kebanggaan negeri itu membolehkan Sarawak muncul antara tiga negeri yang membangun dengan pesat di dalam Malaysia.

Rakyat telah sedar mereka semua perlu menjalankan tanggungjawab dan menyumbang untuk membangunkan negeri dan juga negara.

Taib juga mengingatkan dalam mengejar kemajuan dan kemakmuran melalui perubahan ekonomi, masalah akan timbul dalam kalangan masyarakat yang mengalami perubahan yang pantas.

“Kami perlu terus memperkukuhkan masyarakat kami dengan mengekalkan keamanan dan hubungan baik antara kaum dan memelihara kesemua nilai moral yang baik menerusi ajaran dan aktiviti agama,” katanya.

Mengenai kompleks baru berkenaan, beliau berkata bangunan itu adalah simbol masyarakat Islam di bandar itu yang mahu terus bekerjasama dengan kaum lain untuk Sarawak yang aman, dinamik dan makmur.

“Kami hanya boleh menikmati kemakmuran apabila wujud keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat,” katanya.

Taib berkata kompleks yang sama turut akan dibina di Miri tidak lama lagi dan sebuah lagi di Bandar Sri Aman yang sedang dalam perancangan. – BERNAMA

Tags: Abdul Taib MahmudBelia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd