• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Malaysia: Simunic Dilantik Kemudi Perak Musim Depan

oleh Ahmad Albab
16/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jurulatih dari Croatia, Vjeran Simunic dipilih untuk melatih skuad bola sepak Liga Super Perak pada musim depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di sini hari ini.

Simunic, 61, sebelum ini menjadi jurulatih pasukan Duli Pengiran Muda Mahkota Club (DPMM FC), Brunei dan berpengalaman mengendali lebih 30 pasukan kelab antaranya Saigon FC (Vietnam).

Zainol Fadzi berkata pemilihan jurulatih itu diputuskan selepas PAFA membuat perbandingan dan penilaian teliti.

“Berbekalkan pengalaman beliau sebagai jurulatih, PAFA percaya beliau mampu membuat perubahan kepada pasukan,” katanya.

Zainol Fadzi berkata pelantikan Simunic adalah persediaan awal pasukan The Bos Gaurus itu selepas gagal untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini berikutan tersingkir di peringkat kedua kumpulan.

“Menyusun semula pasukan Perak menjadi inisiatif awal dalam persiapan menghadapi Liga Super musim depan,” katanya.

Selain itu beliau berkata Pafa bersetuju untuk menamatkan kontrak 10 pemain termasuk tiga pemain import antaranya Mohd Nor Haziq Aris, Mohd Hidayat Amaruddin dan Milan Purovic.

Lapan pemain dari skuad Piala Presiden pula diserap ke dalam skuad utama tahun depan antaranya Hafiz Ramadan, Amirul Azhan dan Mohd Norhakim Isa.

Beliau berkata PAFA turut mengekalkan Datuk Azhar Ahmad sebagai pengurus pasukan.

Perak hanya akan mendaftar 22 pemain iaitu 18 pemain tempatan serta empat pemain import daripada jumlah 26 pemain yang boleh didaftar, kata Zainol Fadzi.

“Sekiranya kita memerlukan pemain lain, pendaftaran akan dibuat semasa pendaftaran kedua nanti,” katanya.

Sementara itu Simunic berkata beliau akan berusaha membawa Perak menjadi pasukan lebih baik musim depan berlandaskan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Kami akan membina pasukan selangkah demi selangkah. Kami akan jadikan Perak pasukan yang lebih baik. Kami menyasar Perak berada di tiga tangga teratas Liga Super musim depan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagu ‘1Malaysia’ Catat 5.5 Juta Tontonan

Lagu ‘1Malaysia’ Catat 5.5 Juta Tontonan

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lagu 1Malaysia masih menjadi tontonan sehingga hari ini walaupun sekadar versi 'reupload' kerana versi rasmi lagu itu...

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengamal undang-undang, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir mempersoalkan sama ada minuman keras dihidangkan pada satu acara membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd