Sejak akhir-akhir ini banyak pula kisah kekejaman pada kucing tersebar di laman siber.
Terbaru, seorang pengguna Facebook dikecam hebat gara-gara mengajar bagaimana mahu membunuh kucing dengan mudah.
Akaun FB menggunakan nama Abu Bakr Bin Faisal telah menulis komen berbunyi, ‘letak makanan kucing gaul dengan warfarin (ubat cair darah). Kucing itu akan mati perlahan2’.
Komen ini diberikan sebagai jawapan oleh Abu Bakr bagi membantu permasalah rakan FB lain yang bertanya cara mengatasi masalah kucing jiran yang berak merata-rata.
Tak mustahil Abu Bakr sebenarnya cuba berlawak namun bagi pencinta kucing ini bukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka tergelak.
Bayangkan kalau ada yang sengal dan benar-benar mencuba cara diberikan bagaimana?
Maklumlah manusia zaman sekarang memang ramai tak berhati perut dan tergamak menganiaya makhluk lain yang lebih lemah. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Sumber
