Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Hari Malaysia Ke-51 Disambut...

KOTA KINABALU - Sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat Sabah hari ini disambut secara...

3,471 Kes Baharu Covid-19...

Kuala Lumpur : Malaysia merekodkan 6,900 kes sembuh Covid-19 setakat semalam, lebih tinggi...

“Pandikar Malukan Saya, Beri...

KUALA LUMPUR - "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah...

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi...

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di...

Lebih 114 Juta Rokok Seludup Dirampas

DENGKIL – Lebih 114 juta batang rokok seludup melibatkan cukai kira-kira RM58.1 juta dirampas sepanjang lapan bulan pertama tahun ini di sekitar Kuala Lumpur.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Isa Endot dalam sidang media di Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Rampasan Kastam di sini, hari ini berkata rokok seludup itu dipercayai dibawa masuk dari Vietnam, China dan Indonesia.

Katanya kebanyakan rokok diseludup menggunakan laluan laut iaitu di kawasan pelabuhan seperti di Pasir Gudang dengan menggunakan modus operandi pemalsuan dokumen selain laluan pesisir pantai.

Puluhan ribu kontena yang keluar dan masuk dari pelabuhan pada setiap hari menyukarkan pihak kastam memeriksa kesemuanya dan hanya berkemampuan mengimbas antara lima hingga tujuh peratus daripada jumlah itu sahaja, katanya.

“Jika kita memeriksa semua kontena akan menyebabkan barang yang dihantar melalui pelabuhan akan lewat sampai atau kesesakan di pelabuhan,” katanya.

Menghuraikan rampasan berkenaan, Mohd Isa berkata kesemua rampasan bernilai kira-kira RM6.96 juta itu melibatkan 528 serbuan termasuk melalui ‘Operasi Outlet’, dengan bilangan serbuan beserta tangkapan membabitkan 76 kes.


Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kertas siasatan telah selesai dan seramai 58 orang telah didakwa dan kebanyakan mereka didenda 20 kali nilai barangan rampasan, selain ada juga yang dipenjarakan.

Statistik rampasan rokok di sekitar Kuala Lumpur pada 2011 berjumlah kira-kira 22 juta batang, 2012 (36 juta batang) dan pada tahun lepas (42 juta batang) yang jika dicampurkan ketiga-tiganya, cukai yang boleh dikenakan melibatkan hampir RM40 juta, katanya.

Pada sidang media yang sama, Mohd Isa memberitahu sebanyak 46 juta batang rokok putih dan kretek tidak sah seberat 69,472kg akan dimusnahkan melalui kaedah dirincih.

Rokok itu bernilai RM5.1 juta dan melibatkan cukai sebanyak RM18.8 juta, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori