• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Doktor Malaysia Kahwini Tentera ISIS Di Syria…

oleh AK-47
20/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

“Shams”, seorang anggota Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) yang mengaku sebagai seorang doktor berusia 26 tahun dari Malaysia, menceritakan pengalamannya tinggal di negara yang dilanda perang saudara, Syria melalui media sosial.

Postingnya dalam blog beliau, “Diari seorang Muhajirah” menceritakan aktiviti beliau di Syria, termasuk perkahwinannya dengan seorang rakan anggota Isis selepas dia menjejakkan kaki di negara ini pada bulan Februari, dan juga rawatan perubatan yang beliau berikan kepada penduduk di sana.

“Selepas dua bulan di Shaam (Syria), akhirnya saya berfikir tentang berkahwin kerana kehidupan tanpa mahram (suami) adalah agak sukar dan ia boleh menyebabkan fitnah.

“Apabila saya memberitahu perkara ini kepada salah seorang rakan terbaik saya, beliau adalah orang paling gembira kerana saya tidak pernah berminat untuk kahwin sebelum ini,” tulis Shams.

Cerita beliau tersebar di media sosial hari ini di laman web pertama yang BuzzFeed. Akaun Facebook beliau di bawah nama “Diari seorang Muhajirah” yang nampaknya bermula kurang daripada 24 jam lalu.

Katanya, dia bersetuju berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah ditemui – iaitu rakan kepada suami rakan beliau – dan beliau berkahwin pada hari pertama bertentang mata dengan lelaki itu.

“Dia memandang saya, mata kami bertentangan antara satu sama lain. Jantung saya berdebar lebih cepat daripada kelajuan cahaya,” tulisnya.

“Dia tersenyum. Dan bertanya soalan yang saya tidak akan lupa sepanjang hidup.

“Bolehkah kita berkahwin hari ini? Selepas Asar?”

“Jauh di dalam hati saya menjerit, ‘tidakkkk’. Tetapi saya tidak tahu mengapa saya menjawab ‘Ya’.”

Anekdot tersebut berselang-seli dengan minat memperjuangkan Negara Islam (IS) dengan fakta mengenai perkahwinan dalam IS. “Shams” juga memberikan peringatan kepada wanita untuk menyertai IS kerana Allah dan bukan untuk perkahwinan.

Menurut Shams, anggota IS diberi rumah percuma di Syria dan mereka tidak perlu membayar bil elektrik dan air. Barangan runcit bulanan juga disediakan kepada semua, dan juga elaun bulanan bagi pasangan suami isteri dan anak-anak.

Beliau juga cuba menjawab serangan media terhadap pejuang IS, dan menyifatkan kebanyakan daripada mereka “seperti kita.”

“Orang-orang ini, kebanyakannya berumur dalam 20an dan belum berkahwin. Kebanyakan mereka adalah seperti kita, mereka pernah tinggal di masa jahiliah dan menyebabkan mereka bosan dengan kehidupan dunia ini dan mahukan perubahan.

“Orang-orang ini, mereka bukannya dari latar belakang buta huruf. Ramai daripada mereka datang daripada keluarga yang kaya dan hidup seperti seorang raja/putera berdasarkan dari mana mereka datang.”

Menurut akaun Twitter dan akaun ask.fm beliau, yang kedua-duanya dipadamkan, Shams berasal dari Malaysia dan berumur 26 tahun ketika pergi ke Syria pada bulan Februari. – The Malaysian Insider

Tags: ISISSyria
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd