Sample Page Title

INCHEON – Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee mahu anak didiknya mengekalkan fokus sepanjang kempen temasya Sukan Asia ke-17, terutama pada aksi penutup tirai saingan Kumpulan A menentang Arab Saudi yang dijadual berlangsung di Stadium Goyang pada 21 September.

Beliau menyifatkan perlawanan itu sebagai penting kerana bakal menentukan nasib pasukan Harimau Muda A sama ada layak ataupun tidak untuk mara ke peringkat suku akhir.

“Isu pemain mana yang akan diturunkan pada 21 September ini tidak penting sebaliknya kita mahu turunkan pemain yang mampu membantu pasukan meraih kemenangan pada hari itu,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan hari ini.

Skuad Harimau Muda berjaya mencatat kemenangan besar selepas mengalahkan Laos 4-0 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Ansan Wa.

Beliau berkata Laos berjaya memberi tekanan hebat kepada anak didiknya apabila skuad Harimau Muda A gagal mendapat kedudukan selesa walaupun Malaysia mendahului 1-0 menerusi jaringan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak pada aksi babak pertama perlawanan.

“Dalam bola sepak, kedudukan 1-0 bukan satu keadaan yang selesa bagi sebuah pasukan lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama, ia menimbulkan sedikit kegelisahan kepada saya namun kita berjaya menguasai permainan pada babak kedua perlawanan dan seterusnya meraih kejayaan besar malam ini,” katanya.


Kim Swee turut memuji corak permainan pasukan Laos yang tidak kurang hebat apabila berjaya mematahkan serangan pasukan negara pada babak pertama perlawanan.

Sementara itu, pemain pertahanan negara Mohamad Aidil berkata kejayaan menjaringkan gol pertama memberi ‘tonik’ semangat kepadanya untuk turun dengan lebih bersemangat pada aksi menentang Arab Saudi nanti.

“Kejayaan hari ini memberi lebih keyakinan kepada saya dan juga rakan sepasukan lain dan kami akan cuba dengan sedaya-upaya untuk mengatasi Arab Saudi nanti,” katanya.

Mohamad Aidil, yang juga kapten pasukan, menyeru rakan lain mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan tidak memandang rendah kehebatan pasukan Arab Saudi. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...