• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketibaan Jemaah Di Lapangan Terbang Jeddah Lebih Singkat

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Tempoh masa bagi memproses ketibaan jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di sini tahun ini dapat dipendekkan daripada lapan jam kepada lima jam berikutan langkah penambahbaikan yang dilakukan Tabung Haji.

Pengarah Operasi Tabung Haji di Jeddah, Mohamad Zambry Mohd Noor berkata antara langkah yang diambil ialah pengeluaran tiket bas yang memuatkan maklumat bas serta maktab semasa jemaah haji mendaftar di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Selangor.

“Ini telah menjimatkan masa antara satu jam hingga 90 minit dari segi penampalan nombor bas dan maktab ke bagasi para jemaah,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Beliau berkata dengan itu, setibanya bagasi para jemaah di lapangan terbang di Jeddah, beg-beg tersebut dapat disusun mengikut nombor bas dan maktab dengan jemaah hanya perlu menunggu giliran menaiki bas untuk ke Makkah.

Tahun lepas, para jemaah hanya mendapat tiket bas di lapangan terbang di Jeddah, dan ini mengambil masa untuk menyusun atur bagasi serta proses menampal bagasi dengan nombor bas dan maktab, tambahnya.

Mohamad Zambry berkata bagaimanapun proses menunggu ketibaan bas masih mengambil masa kerana kawasan pakir yang terhad dan bas perlu menunggu giliran untuk memasuki kawasan rehat jemaah di lapangan terbang untuk mengambil jemaah.

Pihaknya akan memberi makan dan minum kepada jemaah di dewan rehat sementara menunggu ketibaan bas, katanya.

Sebanyak 10 bas disediakan untuk jemaah yang menaiki penerbangan Saudia Airlines yang mampu membawa kira-kira 440 jemaah haji dan lima bas untuk Penerbangan Malaysia (MAS) yang hanya membawa 277 orang penumpang.

“Jemaah haji bagi Saudia Airlines perlu menunggu tiga hingga empat jam sebelum bas dapat bergerak kerana jumlah yang besar berbanding jemaah yang datang dengan MAS yang hanya perlu menunggu dalam tempoh sejam atau dua jam,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi juga telah mengadakan kenderaan buggy untuk membawa jemaah yang uzur dari terminal lapangan terbang ke tempat rehat dan menunggu bas sejauh 300 meter.

Berikutan pelaksanaan kuota jemaah, keadaan di Lapangan Terbang King Abdulaziz juga lebih selesa dan kurang sesak, kata Mohamad Zambry.

Perjalanan antara lapangan terbang di Jeddah ke Makkah mengambil masa selewat-lewatnya tiga jam kerana perlu melalui dua pusat pemeriksaan pihak berkuasa Arab Saudi, katanya.

Mengenai perkhidmatan bas, beliau berkata memandangkan kali ini Tabung Haji menyewa bas yang baharu, ini telah mengurangkan kes bas rosak dan melewatkan perjalanan.

Beliau berkata hanya berlaku satu dua kes bas rosak yang berpunca daripada masalah kecil seperti kerosakan alat pendingin hawa dan tayar pancit.

Mohamad Zambry berkata selain mengendali jemaah haji dari Malaysia, pihaknya juga turut membantu rakyat Malaysia dari luar negara jika mereka menghadapi masalah.

Setakat ini tiada kes yang melibatkan rakyat Malaysia dari luar negara kerana Tabung Haji telah memuat turut peraturan yang diperlukan kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata unitnya mempunyai 70 petugas yang terdiri daripada kumpulan kebajikan, perubatan dan petugas sambilan bagi membantu jemaah sebaik mereka tiba di lapangan terbang di sini. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd