• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Ebola Boleh Cecah 1.4 Juta Mangsa

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Pegawai Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran keras terhadap kes wabak Ebola yang boleh menjangkiti 1.4 juta mangsa pada pertengahan Januari tahun depan jika tidak dibendung dengan segera.

Unjuran yang dilakukan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) itu berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak akhir Ogos lalu.

“Saya berharap unjuran yang paling buruk ini tidak akan berlaku,” kata Ketua CDC, Dr. Tom Frieden semasa mendedahkan mengenai laporan berkenaan.

Lebih 5,800 pesakit Ebola dan 2,800 kematian berlaku dalam tempoh enam bulan lalu dan pihak berkuasa kesihatan antarabangsa memberi amaran bahawa krisis itu mungkin akan menjadi lebih teruk apabila masih banyak kes kematian berlaku manakala banyak kes jangkitan gagal dikesan.

Pihak CDC memberi contoh mengenai angga- ran bilangan kes yang dilapor dan tidak dilaporkan pada 30 September sebenarnya telah mencecah 21,000 orang hanya di dua buah negara iaitu Liberia dan Sierra Leone.

Kadar itu, menurut CDC boleh menyebabkan pesakit Ebola mencecah 1.4 juta jika masih berlarutan dan tiada tindakan berkesan diambil.

Berikutan itu, pihak berkenaan menggesa tindakan agresif diambil seperti mengasingkan pesakit Ebola sama ada di hospital atau di rumah selain langkah-langkah pencegahan lain termasuk aspek pengebumian mayat pesakit wabak maut itu.

“Langkah lebih agresif boleh menghalang wabak ini,” kata Frieden.

Kelmarin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran bahawa kes di tiga buah negara iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone akan meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 20,000 kes jika tiada langkah berkesan diambil.

Tanda-tanda penyakit Ebola ialah demam, sakit sendi, muntah, cirit-birit, serta pendarahan luaran dan dalaman. Sehingga hari ini belum ada penawar bagi penyakit berkenaan.

Sementara itu, menurut seorang pakar, Dr. Ar- mand Sprecher, masalah ini dapat ditangani sekiranya pesakit atau mangsa Ebola yang telah meninggal dunia tidak disentuh tanpa menggunakan sebarang pelindungan. – AP

 

Tags: EbolaVirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

15/08/2025
0

COLORADO: Penduduk di Fort Collins dan beberapa kawasan lain di Colorado dilaporkan melihat arnab liar dengan ketumbuhan berbentuk seperti 'tanduk'...

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd