• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Transformasi Sistem Pendidikan Negara, Kerjasama IPTS Penting

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peranan dan kerjasama institusi pengajian tinggi swasta penting untuk transformasi sistem pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengakui sumbangan signifikan sektor swasta dalam meningkatkan kualiti penyediaan pendidikan negara.

Beliau berkata sebagai penyedia program prauniversiti antarabangsa sejak 1970-an, institusi ini juga memainkan peranan penting dalam pendemokrasian dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi di negara ini.

“Setakat ini, institusi pengajian tinggi swasta telah menunjukkan kedinamikan tinggi dalam respons terhadap trend dan keperluan global”, katanya pada majlis penyampaian biasiswa dan anugerah Yayasan Jeffrey Cheah (JCF) di Universiti Sunway di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan menyasarkan untuk menarik 200,000 pelajar asing menjelang tahun 2020, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan bagi pendidikan global.

Beliau berkata data Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa setakat Jun tahun ini, terdapat kira-kira 91,000 pelajar antarabangsa sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Laporan Unesco 2012 juga meletakkan Malaysia pada ranking ke-12 di dunia sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran, katanya dan menurut Muhyiddin, pengiktirafan itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh negara.

“Dengan dasar baharu kami untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di semua peringkat, saya yakin lebih banyak pelajar antarabangsa akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Tahun ini, JCF menganugerahkan biasiswa bernilai lebih RM33 juta kepada 3,500 pelajar yang layak.

Muhyiddin turut memuji usaha Kumpulan Pendidikan Sunway menambah baik sektor pendidikan.

Beliau turut menggesa Kumpulan Sunway dan JCF menimbangkan untuk turut serta dalam usaha meningkatkan pendidikan asas menerusi program kerjasama swasta-awam kementerian seperti program Sekolah Teras. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Dipenjara 45 Tahun & 16 Sebatan Kerana Rogol & Samun

Next Post

Malaysia Bina Hubungan, Tidak Pilih Negara Jalin Hubungan

Related Posts

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

18/05/2025
0

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang...

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

18/05/2025
0

Kuala Lumpur: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui...

Next Post

Malaysia Bina Hubungan, Tidak Pilih Negara Jalin Hubungan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd