Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Serah Surat Tawaran...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan surat...

“Ummi Dulu Comot, Sekarang...

TERGELAK besar kami apabila mendengar cerita bagaimana suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr....

Saya Tak Nampak Jalan...

Sekali lagi Rozana Misbun menjadi tumpuan media setelah dia mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia...

24 Peniaga Ayam Di...

KOTA BHARU - Seramai 24 peniaga ayam di Kelantan akan dihadapkan di Mahkamah...

Kereta Jaguar Hilang 46 Tahun Temui Semula Pemiliknya

LOS ANGELES – Sebuah kereta Jaguar yang dicuri 46 tahun lalu di New York, akhirnya bertemu semula dengan pemiliknya yang juga pengumpul kereta, Ivan Schneider.

Kereta Jaguar XK-E keluaran 1967 itu ditemui dalam kontena kapal yang dalam perjalanan ke Belanda, yang merupakan pasaran popular untuk kereta klasik.

Ia hilang dari apartment milik Schneider di Manhattan selepas hanya beberapa bulan Jaguar itu dibeli.

Hanya selepas kapal itu meninggalkan pelabuhan selama dua hari barulah pihak berkuasa menyedari bahawa kereta tersebut dilaporkan hilang sebelum ini.


Dalam pada itu, Schneider, yang kini sudah berusia 82 dan menetap di Miami berkata penemuan semula kereta Jaguar itu merupakan satu keajaiban dan bercadang untuk menyimpannya.

“Ia merupakan kereta yang hebat. Selepas Jaguar itu hilang, saya membeli kereta-kereta lain tetapi tiada ada yang secantiknya,’’ kata beliau.

Menurut pakar, kereta itu bagaimanapun dianggarkan hanya bernilai $23,600 disebabkan sudah berkarat dan beberapa bahagian lain perlu diganti semula.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori