• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Akan Berhenti Cari Jenazah Mangsa MH17

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di
timur Ukraine, pada 17 Julai lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita sedang berusaha untuk mendapatkan akses dan merayu agar gencatan senjata diadakan agar memberi kita peluang sekurang-kurangnya satu atau dua minggu untuk memasuki kawasan nahas.

“Kita akan cari segala bukti dan cebisan mayat di kawasan itu. Saya tidak berpuas hati selagi semua jenazah tragedi itu belum diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 129 penerima termasuk tujuh menteri kabinet dan anggota pasukan keselamatan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia dipercayai ditembak jatuh dan sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan kejam itu.

Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya dibawa pulang ke tanah air.

Ada laporan menyebut bahawa Presiden Ukraine Arseniy Yatsenyuk tidak bersetuju dengan usaha gencatan senjata yang dicadangkan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu.

Najib berkata Malaysia terperangkap dalam konflik geopolitik yang tiada kena mengena dengan negara ini sebaliknya menjadi mangsa tercetusnya pertelingkahan antara pihak tertentu.

“Dalam menghadapi ujian besar ini, saya ambil langkah konvensional kerana saya sedar misi utama kita adalah untuk bawa pulang jenazah mangsa.

“Bukan niat Malaysia mencampuri urusan geopolitik atau sebelahkan mana-mana pihak, tetapi tanpa lakukan rundingan, tidak mungkin kita dapat bawa keluar kotak hitam dan jenazah. Ini antara langkah yang kita perlu lakukan,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata berkata aspek keselamatan negara dan usaha menangani konflik seperti tragedi MH17, kehilangan MH370 dan pencerobohan Lahad Datu harus dipertingkatkan kerana isu tersebut telah merentasi sempadan dan benua.

Menurutnya apa yang berlaku ini sememangnya tidak diduga dan Malaysia beruntung kerana dasar luar negara dan hubungan baik dengan negara lain selama ini, telah membantu menjayakan segala operasi bersifat keselamatan, mencari dan menyelamat.

Najib berkata 26 negara besar seperti Australia dan China turut memberi sumbangan besar dalam mencari pesawat MH370 dan tiada negara yang minta bayaran daripada Malaysia untuk tanggung kos operasi mencari pesawat itu.

MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Beijing pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.

Mengenai langkah meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Sabah, Najib berkata kerajaan bersetuju dengan cadangan Petronas untuk menyediakan kapal induk dan platform bernilai RM200 juta yang dijangka beroperasi pada April 2014.

Beliau menarik perhatian walaupun berbelanja besar namun apa yang dilakukan ini boleh membantu mewujudkan pertahanan akhir negara sebelum mana-mana pihak menceroboh kedaulatan dan menganggu ketenteraman serta keselamatan kawasan tersebut.

Tegas Najib, kerajaan juga sedar dan sentiasa menghargai pengorbanan anggota keselamatan negara dalam pelbagai insiden kebelakangan ini termasuk di Lahad Datu yang mana ia secara tidak langsung telah mewujudkan solidariti antara kaum di negara ini.

“Kalau kita bersama dan bertindak sebagai satu pasukan, negara boleh muncul sebagai pasukan baru dari mana-mana peristiwa sekalipun dan saya percaya ia tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus maju ke hadapan.

“Nilai keamanan adalah sangat berharga dan tiada siapa berhak merampasnya daripada kita,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd