• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Guna Teknologi Terowong – Fadillah

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji penggunaan teknologi terowong dalam industri pembinaan kerana ia didapati menjimatkan kos, efisien dan mesra alam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, teknologi itu dianggap sebagai penyelesaian terbaik bagi menangani masalah peningkatan kos untuk penyelenggaraan cerun.

“Sejak lima tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM470 juta di seluruh negara untuk mengatasi isu ini dan kami percaya terowong ialah penyelesaian terbaik.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada saya bahawa kos penyelenggaraan cerun di jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands terus meningkat setiap tahun,” kata beliau ketika berucap merasmikan Seminar mengenai Terowong dan Struktur Bawah Tanah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembangunan ruang bawah tanah melalui teknologi terowong mewujudkan lebih banyak hartanah untuk menjana kekayaan negara memandangkan bandaraya seperti Kuala Lumpur mula sesak kerana ruang yang terbatas.

Fadillah berkata, JKR sebagai perunding kepada kerajaan harus memberi keutamaan dan menjalankan usaha bersepadu untuk mengukuhkan jabatan geoteknikal dengan pengambilan kakitangan yang mahir dan mengembangkan kecekapan teras yang diperlukan bagi teknologi ini.

Beliau juga berkata sektor kejuruteraan tempatan dan kontraktor perlu melengkapkan diri dengan teknologi yang diperlukan untuk membangunkan projek pembangunan ruang bawah tanah pada masa depan.

“Saya membuat gesaan ini kepada institusi pengajian tinggi terutama universiti, supaya memasukkan bidang teknologi terowong dalam sukatan pelajaran dan menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini,” kata beliau.

Seminar tiga hari anjuran bersama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dan Jabatan Kerja Raya mulai hari ini hingga Khamis untuk mengkaji dan membincangkan penggunaan ruang bawah tanah pada masa kini dan masa depan di negara ini. – BERNAMA

Tags: terowong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Maut Dalam Kemalangan, Kebakaran Dalam Terowong Di Korea Selatan

6 Maut Dalam Kemalangan, Kebakaran Dalam Terowong Di Korea Selatan

29/12/2022
0

SEOUL: Sekurang-kurangnya enam mangsa terbunuh selepas sebuah bas dan trak terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah terowong lebuh...

Jutawan Bina Terowong Kerana Takut Pyongyang

05/06/2018
0

MARYLAND - Seorang jutawan Amerika Syarikat (AS) bakal dihadapkan di mahkamah Jumaat ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki yang diupah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd