• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Penuh MB Selangor Perjanjian Penstrukturan Air

oleh AK-47
13/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meskipun dikritik hebat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya jua memuktamadkan perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dengan kerajaan Persekutuan dan beberapa syarikat berkepentingan hari ini.

Tanpa mempedulikan desakan ahli politik pakatan pembangkang kononnya beliau tidak patut menandatangani perjanjian industri air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan kerana cuma seorang Menteri Besar sementara, Abdul Khalid meneruskan juga perjanjian utama penstrukturan industri air Selangor demi kepentingan rakyat negeri itu.

Berikut kenyataan penuh Menteri Besar Selangor berhubung Perjanjian Utama di antara kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor, Air Selangor Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB):

tski-650x400

AIR SELANGOR SDN. BHD. BUKA LEMBARAN BAHARU INDUSTRI AIR NEGERI

Kerajaan negeri Selangor mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan khusus kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan menterinya Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili atas kerjasama dan komitment mereka dalam menyelesaikan penstrukturan industri air Selangor.
 
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Khusrin Munawi serta Ketua Setiausaha Kementerian Dato’ Loo Took Gee bagi Kementerian, pegawai dari Pejabat Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pengurusan Air Negara dan semua yang telah bertungkus lumus bagi memastikan Perjanjian Utama (Master Agreement) hari ini dapat ditandatangi dengan sempurna.

Dengan termeterainya Perjanjian Utama di antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor, Air Selangor Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) maka tercapailah hasrat kerajaan negeri untuk menguruskan industri air seperti mana yang dihasratkan oleh Akta Industri dan Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Perjanjian Jual Beli Saham di antara Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) iaitu pemegang 70% saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan 100% saham Puncak Niaga Sdn Bhd akan ditemeterai dalam tempoh terdekat.
 
Majlis ini juga adalah kesinambungan bagi persefahaman yang telah dicapai diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui dua perjanjian yang telah di tandatangani sebelum ini iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 26 Februaru 2014 dan Perjanjian Mengenai Persefahaman (Heads of Agreement) pada 1 Ogos 2014.

Perjanjian ini juga telah membuka lembaran baharu bagi perkhidmatan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dimana syarikat milik penuh rakyat Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd akan membawa perkhidmatan bekalan air ke tahap yang lebih profesional dan efisien.

Air Selangor Sdn Bhd akan diurus oleh sekumpulan pasukan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam perkhidmaan air dan saya yakin mereka boleh menjayakan usaha-usaha menjadikan industri air Selangor lebih holistik dengan mengambil alih operasi dan penyelengaraan loji rawatan air serta perkhimatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan oleh empat syarikat konsesi yang berbeza.
 
Pengurusan tidak holistik sebelum ini menyumbang kepada pengurusan air tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi kepada lebih 5 juta pengguna di Selangor, KL dan Putrajaya.

Air Selangor Sdn Bhd akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34% serta meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan menggunapakai teknologi terkini.

Semua aset air juga akan diletakkan di bawah Air Selangor Sdn Bhd dan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL 2) yang bakal siap dalam beberapa tahun lagi juga akan dikendali oleh syarikat berkenaan.

Perjanjian ini juga telah dimuktamadkan dengan kos pengambialihan penstrukturan semula industri air jauh lebih rendah dari tawaran awal yang dilakukan kerajaan negeri iaitu RM7.45 billion berbanding RM9.65 billion.

Perjanjian ini merupakan satu kejayaan bukan sahaja pada kerajaan negeri tetapi juga rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha-usaha untuk mengembalikan semula hak air kepada rakyat.

Walaupun menerima banyak cabaran terhadap usaha, keputusan, malah niat kita juga dipersoalkan, namun dengan sokongan dari pelbagai pihak khusus di kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan telah menguatkan iltizam kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian muktamad.

Sekali lagi saya tekankan kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak menunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dan ideologi politik. Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan usaha ini.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

12 SEPTEMBER 2014

(mynewshub.cc)

Tags: selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mengapa Ada Ramai Tentera AS Di Kelantan, Terengganu?

Next Post

Anggota Big Bang, Seungri Ditimpa Kemalangan

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Next Post

Anggota Big Bang, Seungri Ditimpa Kemalangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd