• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenali 6 Makanan Yang Membantu Untuk Berhenti Merokok

oleh AK-47
22/09/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pernahkah anda berfikir cara untuk berhenti merokok? Semestinya kebanyakkan perokok-perokok di luar sana ingin berhenti tetapi kerap menemui jalan buntu.

Mengambil keputusan untuk berhenti merokok adalah suatu langkah yang bijak, persoalannya ialah apakah kaedah yang berkesan untuk berhenti merokok? Adakah melalui pemakanan?  Atau disiplin?

Bagi kami, pemakanan itu sendiri merupakan medium yang membantu untuk perokok mengurangkan ketagihan dan secara tidak langsung, nafsu untuk merokok dapat dikurangkan.

Sungguhpun begitu, tabiat pemakanan ini hanyalah sebagai penyokong untuk berhenti merokok kerana perkara paling penting ialah niat dan kesungguhan untuk berhenti merokok.

1. Madu

Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.

2. Makanan Masin

Tahukah anda, makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok. Apa yang perlu anda lakukan, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.

3. Halia & Bawang Putih

Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.

4. Kayu Manis

Dikatakan menghirup aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang seperti sedang ‘bermimpi’. Memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.

5. Epal

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.

6. Susu

Ketika anda merokok, bibir anda kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.

Sumber: Wikihow

Oleh: hzqahmd

Tags: tips
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Tips Penting Sebelum Balik Kampung Raya Ini

24/05/2018
0

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua orang pasti tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga...

Tips-Tips Menarik Untuk Kelihatan Lebih Tinggi

18/01/2018
0

Buat si gadis yang memiliki ketinggian yang agak kurang memuaskan mungkin boleh ikuti trik ini untuk kelihatan lebih tinggi. Perincian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd