Sample Page Title

KUANTAN – Seorang kelindan lori maut apabila lorinya melanggar sebuah treler di Kilometer 47.9, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong awal pagi tadi.

Mangsa, Wan Supi Wan Deris, 49, dari Wakaf Baharu, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan 2.10 pagi itu.

Pemandu lori berkenaan Mohd Fadli Syah Mustapha, 26, dari Pasir Mas cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata kedua-duanya dalam perjalanan dari Kelantan menuju Subang, Selangor untuk menghantar kargo berisi surat.

“Pemandu lori berkenaan dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan sebelum dia melanggar belakang treler membawa baja yang sedang mendaki bukit,” katanya kepada Bernama.

Pemandu treler tersebut tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...