Sample Page Title

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pemimpin syarikat peneraju telekomunikasi hari ini menerima beberapa maklum balas yang menakjubkan daripada pelajar sekolah berkaitan tabiat mereka ketika melayari Internet pada satu sesi di KL Converge 2014 di ibu negara, hari ini.

Interaksi itu diselangi dengan pendedahan polos yang disifatkan sebagai bukan lagi rahsia. Ia seperti kanak-kanak tidak mahu ibu bapa mereka tahu apa yang mereka lakukan ketika melayari Internet dan mereka sebenarnya lebih arif berkaitan dunia siber berbanding ibu bapa mereka.

Ramai yang mendedahkan bahawa mereka akan meluangkan masa berjam-jam melayari Internet, terutama untuk berhubung dengan rakan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Walau apapun, yang pasti kanak-kanak terbabit kelihatan begitu yakin ketika mengutarakan pendapat polos mereka selain mengemukakan soalan yang merangsang fikiran secara langsung kepada pemain industri pada sesi bertajuk ‘Kid-SPEAK with Minister and CEOs’.
Ahmad Shabery berkata: “Biasanya bila ada persidangan seperti ini, kita mendengar syarahan golongan yang bertali leher, tetapi hari ini kita menerima ‘syarahan’ daripada kanak-kanak.”

“Saya tak sangka kanak-kanak (berusia) 10 atau 12 tahun mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi sekali seperti perbezaan nilai mata wang dan harga minyak serta Internet itu sendiri,” katanya memetik dari Bernama.

“Beberapa perkara yang disampaikan menarik perhatian kami seperti tahap kelajuan Internet, ketidaksenangan mereka terhadap iklan di Internet dan aplikasi yang sering digunakan,” katanya.

Beliau berkata walaupun hanya kanak-kanak, kementerian menganggap pandangan mereka sebagai perkara yang serius untuk dijadikan asas dalam pembangunan dasar berkaitan pada masa akan datang.

KL Converge, persidangan dan pameran tiga hari industri kreatif, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.


Penyelaras sesi itu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom Bhd Afzal Abdul Rahim berkata, sesi berkenaan menyaksikan pemahaman diri kanak-kanak yang menarik berhubung apa yang berlaku ketika mereka melayari Internet.

“Kita boleh memahami apa yang mereka ingin tahu dan bagaimana mereka menggunakan Internet dalam kehidupan seharian mereka,” katanya kepada Bernama selepas sesi itu berakhir.

Sesi itu, antara acara yang diadakan bersempena penganjuran KL Converge 2014, berlangsung dalam suasana santai bagi menggalakkan komunikasi dua hala dengan kanak-kanak terbabit. Afzal juga berkata sukar untuk ibu bapa menghalang anak mereka melayari Internet namun mereka perlu memberi amaran tentang bahaya yang menanti.

“Apa yang paling kita khuatiri ialah sama ada anak kita akan selamat atau tidak semasa mereka melayari Internet, dan untuk memastikan mereka selamat, ibu bapa perlu tahu apa risikonya,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...