PENYANYI remaja popular, Justin Bieber dilaporkan telah menjauhkan diri atau dalam kata lain berhenti daripada pengambilan minuman beralkohol dan makanan ringan dalam memastikan karier seninya tidak musnah disebabkan perilaku buruknya sebelum ini.
Undang-undang di Amerika Syarikat hanya membenarkan individu berusia 21 tahun ke atas sahaja yang boleh minum minuman beralkohol sementara Bieber baru sahaja berusia 20 tahun.
Bieber juga telah menghebahkan kepada rakan-rakannya bahawa dia kini sedang menjalani kehidupan sihat.
“Dia dah tak lagi minum (arak) dan berhenti makan makanan ringan yang tak berkhasiat. Walaupun pada mulanya sukar, tapi kini Bieber semakin biasa dengan gaya hidupnya yang baharu itu,” kata seorang rakan baiknya yang dipetik menerusi akhbar The Sun. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR

