• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Mahu Pemaju Projek Forest City Patuhi EIA

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Kerajaan Johor meminta Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd, pemaju Forest City supaya mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum membangunkan projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah itu.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini penting bagi memastikan isu seperti alam sekitar diberi perhatian sepenuhnya dan peraturan yang ditetapkan di negara ini dipatuhi.

“Kita berharap pemaju mematuhi kehendak supaya mengemukakan laporan EIA. Ini sangat penting bagi kita menentukan segala kebimbangan sama ada dari sudut alam sekitar dan sebagainya diberi perhatian,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Taman Perindustrian Seri Albion yang dimajukan oleh United Malayan Land Bhd (UMLand), di Cahaya Baru, Jalan Kong Kong di sini hari ini.

Pada 2 Sept lalu sesi Dialog Umum Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) projek tersebut kecoh apabila penduduk Kampung Pok yang terkesan daripada projek tersebut mengasak pemaju dengan pelbagai soalan.

Rata-rata penduduk menyatakan rasa tidak puas hati apabila tidak dibawa berbincang sebelum perlaksanaan projek tersebut yang melibatkan pembinaan pulau buatan manusia lebih 1,600 hektar yang dilihat mencemarkan alam sekitar selain menjejaskan ekologi laut yang menjadi tempat mereka mencari rezeki.

Sebelum itu kerja-kerja penambakan laut bagi membina pulau tersebut yang sudah siap 30 peratus dihentikan pada 15 Jun lalu atas kerelaan pemaju walaupun tidak pernah menerima sebarang notis arahan henti kerja daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Projek tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak yang mana ada yang mendakwa tanah-tanah penduduk kampung akan diambil bagi pembinaan 10 padang golf untuk melengkapi pembangunan projek Forest City.

“Ada segelintir pihak berniat jahat menyebarkan khabar angin tidak berasas kononnya sebanyak 10 padang golf akan dibina di atas tanah penduduk bagi memenuhi pembangunan Forest City. Ini tidak benar dan kerajaan negeri tidak membenarkan perkara ini daripada berlaku,” kata Mohamed Khaled.

Malahan katanya, kerajaan akan mengelak daripada mengambil tanah penduduk kampung bagi pembinaan jalan ke Forest City dan sekiranya dibuat ia akan dimaklumkan kepada mereka.

Projek Forest City yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM600 bilion di atas tanah tambak itu adalah kerjasama di antara  Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Johor dan pemaju dari China, Country Garden Holdings Co Ltd. – BERNAMA

Tags: Khaled Nordin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd