Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

2 Pati Ditahan Di...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan dua lelaki berumur 19...

Had Umur Mengundi: Ambil...

KUALA NERANG - Menurunkan had umur mengundi dan calon pilihan raya kepada 18...

Warga Emas Tersangkut Atas...

KULIM - Kren terpaksa digunakan bagi membawa turun warga emas Desa Darus, 67,...

KDN Diminta Segera Insentif...

PORT DICKSON - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyegerakan pembayaran insentif penguat kuasa...

Jepun Merancang Untuk Membina Robot Gundam Setinggi 18 Meter

Jika anda ke pasaraya besar, pasti anda akan terserempak dengan figura permainan robot Gundam di bahagian permainan.

Bagi penulis sendiri, untuk memasang sebuah robot kecil ini, ia memakan masa sehari sekurang-kurangnya, bayangkan jika terdapat sebuah robot Gundam yang besar, bagaimana pula ya?

Terkini, sepasukan jurutera dan pereka animasi di Jepun mengumumkan yang mana mereka merancang untuk membina sebuah robot Gundam setinggi 18 meter yang boleh bergerak.

Buat masa ini, perancangan ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan mereka ingin menerima idea daripada orang ramai dalam menjayakan perkara tersebut.

Robot setinggi 18 meter ini dijangka diperkenalkan dan disiapkan sebelum tahun 2019 kelak ketika siri Gundam menyambut ulang tahun ke-40.

Siri animasi Mobile Suit Gundam sebelum ini telah ditayangkan di Jepun pada tahun 1979, dan mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia.


gundam

Sebelum ini pada ulang-tahun ke 30, mereka telah hadir dengan sebuah patung Gundam setinggi 18 meter yang tidak bergerak.

Sumber: atlastobsura

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori