Sample Page Title

SHAH ALAM – Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad akan menghubungi kepimpinan parti bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan parti itu menghantar dua senarai nama berasingan untuk jawatan menteri besar ke Istana.

“Saya akan menghubungi pemimpin parti kerana ramai ahli bertanya kepada saya mengenainya dan saya perlukan penjelasan,” kata Iskandar ketika ditemui di Bangunan SUK selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis.

Beliau turut menegaskan tidak mengetahui senarai nama ahli PAS yang dihantar untuk dipertimbangkan oleh Sultan.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenainya dan PAS Selangor tidak pernah dicadangkan untuk jawatan menteri besar,” kata Iskandar.

Menurut sumber, dua senarai nama berasingan dihantar oleh PAS kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan.

Senarai pertama diputuskan kepimpinan PAS Pusat yang mengandungi nama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.

Senarai kedua yang didakwa dihantar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengandungi nama tiga ahli exco daripada PAS iaitu, Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.


Ketika ditanya sama ada beliau bersedia menggantikan kerusi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sekiranya beliau dilantik oleh Sultan, Iskandar berkata: “Saya tidak boleh komen kerana ia hanya akan menimbulkan spekulasi.”

Sementara itu, Bendahari Agung, William Leong berkata sekiranya laporan bahawa PAS menghantar nama Adun dalam kalangan parti itu untuk dipertimbangkan Sultan terbukti benar, ia adalah perkara serius.

“Ia bertentangan dengan persefahaman dan perjanjian dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin PKR perlu duduk dan berbincang mengenai nasib sekutunya dalam Pakatan Rakyat

Jika dakwaan itu benar, Leong berkata, orang ramai akan melihat dengan jelas niat sebenar PAS.

“PAS membuat pusingan U tetapi kini ia menunjukkan mereka berminat terhadap kerusi menteri besar,” katanya. – mStar Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...