• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Besar Masjidilharam Puji Jemaah Haji M’sia Berdisiplin

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Sikap jemaah haji Malaysia yang sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan semasa mengerjakan ibadah haji mendapat pujian daripada Imam Besar Masjidilharam Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudays.

Abdul Rahman, yang juga Pengerusi Fatwa Majlis Ulama Arab Saudi turut memuji pengurusan jemaah haji Malaysia oleh Tabung Haji.

Beliau berkata demikian kepada lima wakil media Malaysia yang diketuai oleh Pengurus Ibadah Haji Makkah Shahrul Azam Noor Zeli yang membuat kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Masjidilharam di sini selepas solat Jumaat.

Kunjungan wakil media itu diatur oleh Mohamad Nurul Hafiz, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai penterjemah khutbah Jumaat Masjidilharam ke dalam Bahasa Melayu.

Mohamad Nurul, 30, dari Besut, Terengganu merupakan pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura di sini.

Sebelum itu, wakil media turut dibawa melihat proses menterjemah khutbah Jumaat ke Bahasa Melayu oleh seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Aswandi Ali, dari Marang, Terengganu.

Terjemahan khutbah ke dalam Bahasa Melayu itu boleh didengar menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi melalui frekuensi FM.

Pentadbiran Masjidilharam memulakan program menterjemah khutbah Jumaat ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Perancis dan Urdu pada Mac lepas berdasarkan jumlah jemaah paling ramai dalam keempat-empat bahasa itu. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMekah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd