• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hisham Ke Ukraine Percepat Akses Masuk Ke Lokasi Nahas

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan berlepas ke Ukraine hujung minggu ini dalam usaha mempercepatkan akses semula Malaysia ke lokasi nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad dijangka berlepas malam ini tetapi beliau akan ke Kiev tidak lama lagi berikutan keputusan Kabinet.

“Perdana Menteri meminta saya untuk pergi ke Kiev bagi mendapat persetujuan dengan kesemua pihak terlibat untuk membenarkan pasukan penyiasat kita kembali semula ke kawasan nahas.

“Kabinet bersetuju bahawa tindakan segera perlu diambil oleh Malaysia berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghantar sejumlah 213 anggota Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-2 (Malbatt 850-2) berlepas ke Lubnan bagi menjalankan misi Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) selama 12 bulan pada Khamis.

Jelas Hishammuddin, beliau akan berlepas ke Kiev diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

“Misi utama saya adalah untuk memastikan laluan selamat ke kawasan nahas supaya penyiasat boleh meneruskan kerja mereka dalam mengesan mangsa nahas MH17.

“Kami berharap kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah akan membenarkan permintaan ini,” katanya.

Hishammuddin berkata, beliau juga akan berlepas ke Rusia dan Belanda bagi menyelaras dan membincangkan operasi pencarian dan membawa individu yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.

“Keadaan di timur Ukraine masih tegang tetapi kita tidak akan berhenti untuk kembali ke lokasi nahas,” katanya. – mStar Online

 

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd