• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hebat!! Shila Amzah Tak Kisah Diboikot Media Melayu Katanya..

oleh AK-47
28/09/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti diketahui umum, perkara paling hangat dalam industri seni sekarang adalah pertelingkahan antara Shila Amzah dan media tempatan berbahasa Melayu.

Ia berpunca daripada tindakan Shila memuat naik kapsyen dan gambar Instagram di akaun peminatnya yang menyelar media tempatan ke akaun Instagram peribadi sebagai tanda menyokong status tersebut.

punca

Sedangkan, kandungan status Instagram tersebut yang menuduh media tempatan tidak menyokong kerjaya Shila gara-gara tiada write-up berkaitan konsertnya tempoh hari amat mencalar hati para wartawan hiburan.

Ini ditambah komen-komen semberono peminat Shila yang dibiarkan sahaja penyanyi ini seolah-olah setuju.

fanshila1fanshila2fanshila4

Sedangkan sebelum menempa nama hingga ke negara China, wartawan hiburan terutama yang sudah lama dalam industri ini menyaksikan bagaimana perjalanan karier Shila yang mulanya hanya dikenali sebagai anak ND Lala.

Wartawan-wartawan hiburan tempatan inilah yang menerima kedatangan Shila ke pejabat media dengan mesra ketika dia masih hingusan dan malu-malu, menghadiri semua pelancaran albumnya dan jadi saksi ibunya mengalirkan air mata melihat dia menyanyi di pentas depan media buat kali pertama.

Kemudian, wartawan yang dikatakan dengki pada pencapaian Shila oleh peminatnya inilah juga yang mengatur sesi temu bual dan fotografi dengan Shila untuk menaikkan semula namanya selepas cubaan jadi penyanyi tekno tak dapat sambutan dulu. Dah lupa?

Tup-tup bila nama sudah besar dan menghimpun peminat yang ramai di tanah besar, Shila membayangkan seolah-olah perjalanan kariernya tidak mendapat sokongan wartawan tempatan.

Benarlah dia naik atas kapasiti diri sendiri yang berbakat dan berusaha keras tapi kalau dari awal di negara sendiri pun tak berjaya jadi penyanyi dengan bantuan wartawan cabuk di sini mana mungkin dia sampai ke China sebagai wakil negara kan?

Maka banyaklah kata-kata sindiran diberikan wartawan hiburan tempatan termasuk di laman sosial peribadi bagi meluahkan bengang mereka dituduh bukan-bukan oleh peminat Shila yang ada antaranya baru setahun jagung mengagumi vokalnya.

reportersentap

1

23

Perbuatan Shila yang seolah-olah terus menyokong peminatnya dan tidak membetulkan keadaan memburukkan lagi hubungan antara penyanyi tersebut dengan media.

fan shila punca

Namun sebagai jalan penyelesaian, bapa Shila, ND Lala akhirnya dilihat masuk campur dengan mengadakan satu sidang media semalam.

Bagaimana pun sejak awal sidang media ini diketahui bakal diadakan lagi, ia sudah membayangkan bahawa wartawan hiburan masih sentap dengan cara mereka dijemput.

jemputan ala-ala

Ini ditambah kesilapan mengatur bicara oleh ND Lala ketika muncul dalam program ‘Apa Kata Malaysia’ (AKM) di Astro Ria, Rabu.

Kenyataan dikeluarkannya dianggap penuh sarkastik apabila menyebut dia dan Shila reda diboikot jika ia boleh mengangkat kembali kredibiliti wartawan hiburan negara ini.

Ketika sidang media diadakan pula, ND Lala dilihat tidak menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memujuk hati wartawan tempatan tetapi menggunakannya untuk menghentam beberapa wartawan yang memuat naik status peribadi menghentam Shila di laman sosial peribadi mereka.

Peh.. siap guna slide presentation lagi…

ndlala

ndlala1

ndlala3

Lapor wartawan Malaysia Digest, ND Lala turut berkata media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara Melayu dan Cina.

Sesungguhnya ini tuduhan yang terlalu jauh dari titik sebenar punca kemelut iaitu kejahilan anaknya menggunakan laman sosial dengan baik.

Untuk menilai duduk sebenar perkara ini apa patut dilakukan ND Lala sebenarnya hanyalah ‘google’ semua berita kontroversi melibatkan anaknya sebelum ini – boleh kata sebahagian besar disebabkan tak bijak mengawal emosi di laman sosial!

Shila yang akhirnya muncul pada sidang media juga nyata lebih memberi penekanan tentang hatinya yang terluka kerana difitnah berkaitan sponsor konsert tempoh hari berbanding mengulas perkara asal iaitu status Instagram yang dimuat naik oleh peminatnya adalah TIDAK TEPAT dan telah mengecilkan hati wartawan hiburan tempatan.

Hebat!! Shila Amzah Tak Kisah Diboikot Media Melayu Katanya..

Dia turut berkeras dirinya berada di pihak benar dan mengakui permohonan maaf dibuat atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung sahaja.

Pada masa sama dia akui bersedia diboikot oleh media berbahasa Melayu.

Apa yang kami lihat dalam usaha mempamerkan hati yang tersinggung sesetengah wartawan hiburan mungkin bertindak agak keterlaluan dan tak salah kalau Shila mahu mengkritik ini.

Tapi bila kritikan itu yang dilebihkan berbanding isu utama iaitu memohon maaf atas kesilapan menuduh media tempatan tak bagi sokongan padanya; maka sidang media semalam cuma jadi minyak yang menyimbah bara.

Tak apalah, dari sudut positif mungkin selepas ini peminat-peminat Shila yang berbangsa Melayu akan mempunyai inisiatif untuk menghadiri kelas Bahasa Cina jadi mereka boleh membaca perkembangan artis kesayangan mereka ini di Nanyang Siang Pau.

Tak pun, mereka masih boleh buka Instagram Shila setiap hari untuk mengetahui perkembangan terkini karier dan pakaiannya. – MYNEWSHUB

Oleh: REM RAMZI
Gua.com / Malaysian Digest / Says.com / Beautifulnara

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribut Petir Di N. Sembilan, Melaka, Johor Hingga Petang Khamis

Next Post

MH370: Perbicaraan Kes Pegawai Bank & Suami Ditetapkan 17 Dis

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

MH370: Perbicaraan Kes Pegawai Bank & Suami Ditetapkan 17 Dis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd