• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Malaysia Ke-51 Disambut Sederhana Di Sabah

oleh Ahmad Albab
16/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat Sabah hari ini disambut secara sederhana namun penuh bermakna di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas, di sini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan negeri itu menyaksikan perhimpunan lebih 5,000 orang terdiri daripada golongan belia, penjawat awam dan orang awam.

Sambutan dimulakan dengan acara memeriksa kawalan kehormat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di perkarangan dewan.

Turut hadir, isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merangkap pengerusi jawatankuasa induk sambutan dan barisan Kabinet negeri.

Pada sambutan itu, seramai 51 pemimpin belia daripada pelbagai etnik yang lahir pada 16 Sept membaca ikrar Rukun Negara diikuti persembahan lagu-lagu patriotik, deklamasi puisi dan nyanyian koir lagu ‘Warisan’ dan ‘Inilah Barisan Kita’.

Ini disusuli upacara perbarisan membabitkan 26 kontinjen badan beruniform yang terdiri daripada 1,456 anggota.

Di samping itu, turut diadakan Pameran Koleksi Gambar Hari Malaysia, Pameran Gambar Yang Dipertua Negeri Sabah sejak 1963 hingga sekarang, Pameran Gambar dan Artikel Sejarah Kemerdekaan Sabah dalam Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia Ke-51 peringkat kebangsaan tahun ini akan berlangsung di Bandaraya Miri, Sarawak, malam ini.

Pada 16 Sept 1963, Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia. – BERNAMA

Tags: Hari Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

05/09/2023
0

KUCHING : Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan berdekatan Jalan Airport, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd