Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Lebih 50,000 Pelajar Perempuan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mendedahkan seramai 300,000 pelajar sekolah...

Hamil Lagi Selepas Enam...

SEORANG ibu mendedahkan dia mengandung semula selepas hanya enam minggu melahirkan anak sulungnya,...

Guan Eng Sokong GST...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyambut...

PAS Mantapkan Gagasan Sejahtera,...

ALOR SETAR - Meneruskan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) sebagai siasah...

AS Hantar 10 Helikopter Apache Kepada Mesir

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menghantar 10 buah helikopter tempur jenis Apache kepada Mesir bagi menyokong negara itu dalam kempen memerangi keganasan, kata Pentagon kelmarin.

Pengesahan penghantaran itu dibuat selepas Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel berbincang dengan Menteri Pertahanan Mesir, Sedki Sobhy kelmarin.

Washington sebelum ini menangguhkan penghantaran helikopter berkenaan selepas tentera menumbangkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi dan melancarkan operasi besar-besaran menangkap penyokong pemimpin berkenaan.

Bagaimanapun, AS pada April lalu menarik semula larangan penghantaran helikopter tersebut.

Seorang jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, buat masa ini helikopter berkenaan akan menyokong operasi membanteras keganasan yang dilancarkan Mesir di Semenanjung Sinai.

Bagaimanapun, tarikh penghantaran helikopter yang dibina oleh syarikat Boeing itu tidak didedahkan.


Menurutnya, Hagel turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Mesir atas peranan negara itu dalam memeterai gencatan senjata yang mengakhiri perang antara Israel dan Hamas di Gaza.

Dalam kejadian lain, letupan bom berdekatan Kementerian Luar Mesir membunuh tiga pegawai polis selain menyebabkan beberapa orang lagi cedera.

Bagaimanapun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang dianggap sebagai paling serius sejak tiga bulan lalu itu. – Reuters

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori