Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

46 Pembimbing Ibadah, 3...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan 46 Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci  (Pihtas) dan tiga pakar rujuk di Tanah Suci...

Penasihat Umum PAN Dakwa...

KUALA LUMPUR - Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang mendakwa beliau...

Lydiawati Tertekan Asyik Terima...

AKIBAT tidak tahan sering diganggu dengan panggilan dan teks lucah daripada peminat pengkid,...

Kerakyataan Warga China Mengikut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan individu warga China mendapat kewarganegaraan...

GST Bantu Jamin Masa Depan Malaysia: PM

KUALA LUMPUR – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak  lagi sesuai untuk ekonomi yang berkembang pesat dan progresif dari segi ekonomi seperti Malaysia dan adalah penting bagi negara mengembangkan dan mempelbagaikan asas cukainya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia memerlukan sistem cukai yang lebih berkesan dan saksama yang akan membantu negara menjamin masa depannya.

Berucap pada Seminar Antarabangsa mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia di sini hari ini, Najib berkata Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan kepada aliran pendapatan semasa semata-mata.

“Hanya satu daripada 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan individu  dan 40 peratus daripada pendapatan kerajaan datang daripada minyak dan gas, sumber yang kita tahu terbatas,” katanya.

Oleh kerana itulah pada April 2015, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan sistem cukai dan menggantikan SST dengan GST,” kata Najib.

Najib berkata GST merupakan cukai moden yang akan menghapuskan kelemahan dalam cukai semasa.


“Sebagai contoh, GST mempunyai unsur-unsur semakan silang yang akan meningkatkan pematuhan cukai dan menggalakkan penjimatan dan pelaburan,” kata beliau.

Beliau berkata sebagai satu inisiatif penting di bawah Program Transformasi Ekonomi, GST merupakan pembaharuan strategik yang bertujuan untuk memodenkan sistem cukai negara untuk menjadikannya lebih berkesan, cekap dan mesra perniagaan.

Najib juga mengulangi bahawa GST akan menjadikan perniagaan lebih berdaya saing dalam pasaran global dan mereka juga akan mendapat manfaat daripada kos menjalankan perniagaan yang lebih rendah.

“Cukai akan digunakan secara adil dalam kalangan semua perniagaan, menjadikannya lebih daripada hanya cukai. Secara ringkasnya, ia akan menjadi suatu baik untuk perniagaan,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori