• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google Papar Seni Lakaran Hari Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercu tanda ikonik dan elemen berkaitan rapat dengan Malaysia menghiasi ruang seni lakaran atau ‘doodle’ dalam laman web Google Malaysia sempena negara menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-51, hari ini.

Bertajuk ‘Beauty of Malaysia’, seni lakaran dihasilkan Lee Yee Run, pelajar SMJK(C) Yoke Kuan di Sekinchan, Selangor, muncul pemenang hadiah utama pertandingan ‘Malaysia’s Doodle 4 Google’ pada 8 September.

Dipilih penyertaan terbaik bagi kategori umur 16 hingga 17 tahun, seni lakaran berwarna-warni itu memaparkan Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang bersama-sama dengan bunga kebangsaan Bunga Raya, bendera kebangsaan Jalur Gemilang dan pemandangan tepi pantai.

“Ramai daripada kita terperangkap dalam kesibukan kehidupan, sehingga terlupa akan keindahan negara kita,” kata Lee dalam mesej ringkas mengiringi seni lakarannya itu.

“Mari melangkah keluar daripada kebiasaaan, melawat tempat-tempat menarik, menerokai dan merasai warna-warni Malaysia yang sebenar dan unik. Malaysia bagi saya dan anda pastinya sebuah tempat yang indah untuk dihuni,” kata pelajar itu.

Selain kategori 16-17 tahun, pertandingan itu turut merangkumi tiga lagi kategori iaitu 7-9 tahun, 10-12 tahun dan 13-15 tahun.

Penyertaaan dihakimi berdasarkan tiga aspek, satu daripadanya dari segi merit artistik dengan panel hakim termasuk staf Google dan awam menilai kualiti dan kemahiran dipaparkan dalam seni lakaran itu, mengambil kira kumpulan umur peserta.

Aspek kreativiti dinilai berdasarkan keunikan peserta memasukkan  logo Google dalam seni lakaran mereka manakala aspek terakhir adalah dari segi kesesuaian dan kejelasan tema dipaparkan dalam seni lakaran dan juga mesej bertulis.

Sebanyak 20 penyertaan disenarai pendek sebagai finalis.

Vaisnawi Harulnathan daripada SJK(T) Vallambrosa, Klang, muncul pemenang bagi kategori umur 7-9 tahun manakala Chin Joe Yi daripada SJK(C) Kwang Hwa, Pulau Pinang menjuarai kategori 10-12 tahun. Mohammed Anoof Ibrahim daripada Mutiara International Grammar School, Ampang muncul peserta terbaik bagi kategori 13-15 tahun.

Bertema ‘Malaysia to me is…’, pertandingan Doodle 4 Google dilancarkan pada April sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. – BERNAMA

Tags: google
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

30/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan...

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

06/05/2024
0

PUTRAJAYA : Selepas berjaya menarik minat gergasi teknologi, Microsoft melabur AS$2.2 bilion (RM10.5) di negara ini minggu lalu, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd