Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Imej Bandar Terapung Gemparkan...

FENOMENA 'bandaraya syurga' yang kelihatan terapung di langit wilayah Foshan telah menggemparkan ribuan...

Pasca Pandemik: Kadar Penginapan...

GEORGETOWN: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang mencecah hampir 100 peratus buat pertama...

Dewan Rakyat Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen mencipta rekod baharu pada Khamis...

Negeri Sembilan Tak Naikkan...

SEREMBAN - Tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2017...

Gempa Bumi Sederhana Di Selat Sunda

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pukul malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui satu kenyataan memberitahu, kejadian gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.39 malam.

“Pusat gempa kuat ini terletak 151 kilometer (km) arah barat daya dari Bandar Lampung di Indonesia dan 839km tenggara Johor Bahru, Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, gempa bumi terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.


Tambah kenyataan itu, JMM akan memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan situasi semasa.

JMM turut memaklumkan satu gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Wilayah Hindu Kush, Afghanistan pukul 6.49 pagi ini.

“Pusat gempa kuat ini terletak 53 kilometer (km) arah utara Taloqan dan 4,527km barat laut Padang, Perlis,” kata kenyataan itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori