Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Lagi 40,000 Kambing, Lembu...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapatkan bekalan tambahan kira-kira...

Ada 56 Lagi Rakyat...

PEKAN - Seramai 56 rakyat Malaysia masih di Syria, termasuk sembilan yang dipercayai...

Kes Positif Covid-19 Cecah...

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.62 juta setakat awal pagi...

PRN: Marah ‘Haram’ Masuk...

KUCHING - Akhirnya sesuatu agak dibimbangi kerajaan Sarawak benar-benar menjadi kenyataan apabila seorang...

GAMBAR: Cucu Datuk Jamil Sulong Yang CUN Melecun

Semalam negara telah kehilangan seorang tokoh dalam industri seni iaitu pelakon, pengarah dan penerbit Datuk Jamil Sulong.

Datuk Jamil yang menghembuskan nafas terakhir kerana sakit angin ahmar sekitar jam 9.35 malam meninggalkan isteri, seniwati Datin Rosnani Jamil dan tiga anak iaitu Arjunaidi, Anwardi dan Asnadi.

( BACA- Pengarah Filem Jamil Sulong Meninggal Dunia – KLIK)

Dilahirkan pada 6 Ogos 1926, Datuk Jamil adalah pengarah filem yang banyak menghasilkan karya-karya bagus dan merangkul anugerah antarabangsa.

Antara filem arahan Datuk Jamil yang popular adalah Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Manja, Bidasari, Raja Bersiong, Sayang Anakku Sayang dan Ranjau Sepanjang Jalan.

Allahyarham juga berbakat besar dalam penulisan gurindam dan lagu.

Antara karyanya adalah lagu Berkorban Apa Sahaja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Bagi yang tidak tahu, selain meninggalkan karya untuk dikenang Datuk Jamil juga mempunyai seorang cucu yang bakal meneruskan legasi seni keluarganya.

Bagaimana pun cucu Datuk Jamil bukanlah seorang pelakon seperti datuk dan neneknya tetapi memilih bidang nyanyian.

Dia adalah Diandra Arjunaidi yang sedang mencipta nama menerusi single Angkasa, Bulan & Matahari (duet Tengku Adil) dan Sama Saja (feat. Altimet).

Korang kenal tak Diandra Arjunaidi ni?

OK, di bawah kami kongsikan gambar cucu allahyarham Datuk Jamil yang cun melecun ini..


cucujamilsulong2

cucujamilsulong4

cucujamilsulong10

cucujamilsulong8

cucujamilsulong6

cucujamilsulong5

cucujamilsulong1

Nampaknya Diandra ada mewarisi sarah seni datuk dan neneknya.

Jadi tak mustahil kalau satu hari nanti dia beralih cabang seni daripada bidang nyanyian kepada lakonan pula kan? Rupa pun dah ada tu.. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori