Sample Page Title

MONZA – Kurang gembira bersama Ferrari dan mengakui harapan untuk menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Itali, minggu ini tipis, Fernando Alonso tetap menolak spekulasi dia kini bersedia untuk berhijrah ke pasukan lain, tahun depan.

Juara dunia dua kali dari Sepanyol itu berkata meskipun kecewa dengan pasukan berpangkalan di Itali itu, dia tidak pernah berfikir untuk meninggalkan Ferrari dan kembali ke pasukan lamanya, McLaren.

Dalam satu temubual bersama Sky Sports, Alonso menafikan dia akan bertukar pasukan sekalipun mengakui “bosan untuk memandu jenteranya” musim ini.

“Saya tidak pernah berhasrat untuk berpindah ketika ini. Saya mahu memenangi perlumbaan bersama Ferrari. Saya mahu menang di sini dan menamatkan kerja yang saya mulakan beberapa tahun lalu,” kata Alonso.

Alonso jelas kecewa dengan apa yang ditampilkan musim ini yang menyaksikan dominasi pasukan Mercedes bersama dua pelumbanya, Nico Rosberg dan jaguh British, Lewis Hamilton.

“Musim kami tidak menjadi kerana kami meletakkan harapan yang tinggi dengan peraturan baru tahun ini, bermula dengan kosong bersama pasukan lain. Kami fikir kami mempunyai kelebihan dengan kemudahan dan maklumat daripada semua orang.

“Sebaliknya, kami mendapati kami tidak berada di landasan yang baik dan tidak kompetitif. Kami amat jauh berbanding pendahulu kejuaraan, sekitar satu setengah saat berbanding Mercedes,” katanya yang mengakui tahun ini adalah sukar buat Ferrari dan F1.

“Pertama, kami tidak kompetitif dan juga kerana agak bosan untuk memandu jentera ini… Ia terlalu perlahan dan berat dan kami tidak dapat menikmati bunyi yang kebiasaannya kami gemari,” katanya. – REUTERS

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...