• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.

Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.

“Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.

“Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak,” ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3, dan Siti Nawar Malaeka, 1, hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan.

Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.

“Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan.

“Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini.

Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.

“Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini.

“Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Faizal Tahirpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar

Next Post

PRK Pengkalan Kubor, Kemenangan Cemerlang BN

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

PRK Pengkalan Kubor, Kemenangan Cemerlang BN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd