• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EPL: Van Gaal Tak Kisah Kad Merah Rooney

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER – Bos Manchester United, Louis van Gaal enggan membincangkan kesesuaian Wayne Rooney selaku kapten selepas penyerang England itu diarah keluar padang ketika menentang West Ham United, semalam.

Hanya sehari sebelum tahun ke-10 bersama United, Rooney, 28 menerima kad merah keenam sepanjang keriernya kerana mengasari Stewart Downing pada minit ke-59 perlawanan.

Kekasaran itu berlaku di kawasan West Ham yang jauh daripada kawasan bahaya United yang mencipta persoalan kepada Van Gaal mengenai kebijaksanaannya melantik Rooney sebagai kapten namun dia enggan membuka mulutnya.

United begitupun menang perlawanan itu 2-1.

“Bagi saya, ia bukanlah satu analisis yang baik oleh kamu ataupun soalan yang baik,” kata pengurus kelahiran Belanda itu kepada wartawan yang memberi soalan itu ketika sidang media.

“Ia tidak betul bagi saya (untuk menjawabnya).”

Rooney membuka tirai jaringan yang juga gol ke-176 miliknya dalam EPL sepanjang kariernya pada minit ke-5.

Penyerang Belanda, Robin van Persie menggandakan jaringan United namun Diafra Sakho meledak jaringan buat West Ham namun gagal membantu kelab itu mencuri satu mata apabila jaringan Kevin Nolan pada lewat perlawanan dibatalkan akibat ofsaid.

Tindakan Rooney menjadi perbualan hangat selepas perlawanan itu namun bekas pemain Everton itu jelas masih mendapat simpati Van Gaal.

“Wayne sentiasa datang kepada saya,” kata Van Gaal. “Mungkin kamu tidak mahu mendengarnya namun mungkin kamu tahu dalam bola sepak profesional , kamu membuat kesalahan profesional dan saya sudah menyaksikan hari ini sebanyak lima atau enam kali.

“Wayne juga melakukannya, secara profesional dan sebagai jurulatih, saya tidak dapat melihatnya namun dia melakukannya dengan amat jelas. Mungkin itu kesilapan terbesarnya.

“Saya pernah melihat kesalahan profesional seperti ini tanpa dikenakan sebarang kad, kuning atau merah jadi ia sedikit aneh.

“Dia (Rooney) mungkin hanya mahu menghalangnya,” kata Van Gaal mengulas tindakan Rooney yang membuat sepakan rakus kepada Downing. “Dia perlu menerangkannya.

“Dia berkata kepada saya dia memang mahu melakukannya. Kami betul, saya juga melihatnya namun kamu tidak boleh mengubahnya lagi. Ia satu kesilapan yang besar kerana dia bermain dengan amat baik. Saya gembira dengannya. Dia menjaringkan gol,” katanya.

Dalam pada itu, jurulatig West Ham, Sam Allardyce berkata kekasaran yang dilakukan Rooney sememangnya klinikal.

“Sama ada ia kad merah atau kuning mengikut peraturannya, dia sudah melakukan kekasaran. Sama ada ia kad merah bergantung kepada peraturan, hanya Mike Riley (Ketua Lembaga Perlawanan Profesional Rasmi) boleh menerangkan kepada kamu, bukan saya,” katanya. – AFP

Tags: EPLManchester UnitedWayne Rooney
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd