• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durian Sejuk Beku Malaysia Ke China

oleh AK-47
17/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DURIAN Malaysia akan di eksport ke China dalam bentuk sejuk beku dengan kontena penghantaran pertama bernilai kira-kira RM500,000 akan memasuki pasaran China mulai minggu depan.

Bagi menyokong pasarannya, pengenalan sistem pengesan rasa dan asal durian, MiTrace akan membantu Malaysia mencapai sasaran eksport durian sejuk beku sebanyak empat kontena bernilai RM2 juta sebulan.

Memetik laporan Berita Harian, Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, berkata durian sejuk beku mempunyai potensi di China kerana dianggap produk premium dalam kalangan pengguna di negara itu.

“Sebelum ini, kerajaan dua negara sudah membincangkan mengenai pengeksportan durian dari Malaysia ke China dan kita sudah mencari satu alternatif terbaik untuk menjadikan raja buah itu lebih popular di pasaran China,” katanya selepas melancarkan sistem MiTrace di astaka Malaysia, sempena Ekspo China-Asean ke 11 (CAEXPO ke-11) di Nanning, China.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud; Presiden Interim Persatuan Pengeksport Durian Malaysia, Paul Mak dan Ketua Pegawai Eksekutif Meili Chuashuo Co Ltd Nanning, Sam Sun.

Sistem MiTrace dibangunkan hasil usaha sama antara Jabatan Pertanian, Mimos Bhd, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pemilik Pusat Pemprosesan Durian di Jerantut, Pahang.

Ka Ting berkata, pelancaran MiTrace adalah satu usaha membanggakan dan ia membantu meningkatkan nilai eksport buah itu ke China.

“Ini adalah satu kejayaan membanggakan kepada Malaysia untuk memasarkan durian ke China dan MiTrace akan meyakinkan pembeli bahawa durian yang dibeli mereka terdiri daripada buah berkualiti dengan harga berpatutan,” katanya.

MATRADE menyasarkan durian sejuk beku bernilai RM8 juta dieksport ke China dalam tempoh hingga akhir tahun ini. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: ChinaDURIANEKSPORT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Troll Paling Lawak Di Facebook Khairy Jamaluddin

Next Post

Anak Jackie Chan Ditahan Di Beijing Kerana Dadah

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Anak Jackie Chan Ditahan Di Beijing Kerana Dadah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd